Famili

“Penat Sangat Agaknya..” Lelaki Tertidur Dalam Kereta Di Tengah Jalan Raya, Undang Kebimbangan Awam!

1
SHARES
pemandu tertidur

Mengantuk semasa memandu cukup berisiko, sama juga walaupun kereta dalam keadaan berhenti kerana ia masih berbahaya untuk pemandu dan orang lain di atas jalan raya. Sebagaimana sebuah video yang dikongsi oleh @update11111 di akaun X baru-baru ini, telah menimbulkan kebimbangan warga maya yang menunjukkan seorang pemandu tertidur lena di dalam keretanya.

Baca juga: Sebelum Isteri Menyesal & Menangis Di Bucu Katil, Peguam Kongsi 5 Tips Bagi Pinjam Duit Kepada Suami!

PEMANDU TERTIDUR DI TENGAH JALAN RAYA

pemandu tertidur

Gambar: X – @update11111

Seorang pengguna jalan raya cuba menyedarkan pemandunya

Kemarahan orang ramai tercetus dek kerana kereta tersebut betul-betul berada di tengah jalan raya yang dipercayai berlaku di Jalan Klang Lama.

Malah, dapat dilihat seorang lagi pengguna jalan raya memutuskan untuk mengetuk cermin kereta itu dan cuba menyedarkan pemandu kerana keadaan kereta yang berhenti di lorong tengah dan menghalang lalu lintas.

“Tidur dalam kereta, penat sangat agaknya itu,” kapsyen yang ditulis di hantaran tersebut.

Semasa lelaki berkenaan meneruskan usahanya untuk membangunkan pemandu yang mengantuk itu, dia mengambil sedikit masa untuk menyorot kameranya dan menunjukkan adegan di jalan raya yang begitu sibuk.

Selepas beberapa percubaan, akhirnya dapat membangunkan pemandu itu yang membalas dengan isyarat tangan untuk mengakui bahawa dia telah sedar dari tidur.

Baca juga: Isteri Terkejut Selepas Tinggal Kejap & Bila Kembali, Suaminya Sedang Ubah Bilik Hospital Jadi Mini Pawagam!

Warga maya bimbang akan kecuaian pemandu itu

pemandu tertidur

Gambar: X – @update11111

Warga maya, bagaimanapun, bimbang dan marah dengan kecuaian pemandu itu dan membanjiri di ruangan komen dengan pelbagai reaksi.

“Tapi kenapa tengah jalan. Bukan bahaya dekat dia, bahaya dekat pengguna lain juga.

“Betul punya penat ni…

“Apa benda tidur dalam kereta di tengah jalan raya?

“Punyalah lama kesesakan lalu lintas sampai terlelap dia,” antara komen yang ditinggalkan.

Baca juga: Bangun Tidur Asyik Menguap? Ini 9 Tips Hilang Ngantuk Di Pagi Hari & Kopi Bukan Jawapannya!

Sumber: X – @update11111

FT Image: X – @update11111

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×