Sihat

Kasihan Baby Terpaksa Meneran Sampai Merah Muka, Ini Punca Susah Berak Berhari-Hari!

107
SHARES
BAYI TAK BERAK

Antara masalah sering dihadapi oleh ibu selepas melahirkan anak adalah bayi tak berak berhari-hari. Perkara itu sudah tentunya merisaukan kerana takut si kecil ada masalah sembelit dan menganggu usus mereka.

Oleh itu, penulis akan kongsikan beberapa punca dan cara mengatasi masalah bayi tak berak ini supaya hati mama dan ayah lega. Jangan risau!

Baca juga: Amalkan Doa Ini Sebagai Penawar Ketika Anak Demam, Berkesan!

PUNCA BAYI TAK BERAK BERHARI-HARI, KENA RISAU TAK?

BAYI TAK BERAK

Untuk pengetahuan anda, bayi yang sepenuhnya menyusu badan jika tidak berak adalah merupakan perkara normal. Ini kerana susu badan mempunyai nutrien yang cukup untuk si kecil.

Antara punca utama bayi tidak berak berhari-hari adalah cara penyusuan. Biasanya, bayi yang minum susu formula dan ambil makanan pejal perlu membuang air besar untuk mengelakkan sembelit.

Bayi baru lahir akan berak selepas menyusu sekurang-kurangknya 6 kali sehari. Dalam lingkungan usia 2 bulan ke atas, usus akan berkembang dan menjadi lebih matang sehingga membolehkan si keci membuang najis lebih lama daripada sebelumnya.

Pemilihan susu formula juga penting kerana walaupun kalsium dan vitamin yang ada dalam susu formula lembu namun ia lebih cenderung memyebabkan bayi sembelit dan sakit perut.

CARA ATASI MASALAH TAK BUANG AIR BESAR

BAYI TAK BERAK

Antara cara yang boleh dicuba sekiranya bayi tak berak adalah, sapukan sedikit losen dan urut bahagian perut anak secara perlahan-lahan. Gerakkan kaki dan paha seperti sedang mengayuh basikal untuk melancarkan usus.

Ibu juga dinasihatkan untuk cuba menukar susu formula kepada jenis lain yang lebih bersesuai dengan si manja. Sekiranya bayi menyusu badan, jangan risau dan berhenti serta-merta.

Selain itu, jika si kecil menyusu botol, ibu boleh cuba untuk menambahkan sedikit jus buah prun atau buah pir ke dalam susu formula mereka. Untuk bayi berusia lebih 6 bulan, dinasihatkan agar untuk cairkan sedikit kandungan susu formula

Jangan sesekali memberi air untuk membantu bayi membuang air bersar kerana ia adalah tidak benar dan akan memudaratkan kesihatan bayi.

Susu ibu atau formula mengandungi kandungan natrium, klorida, potasium dan elektrolit yang mencukupi untuk bayi. Dengan memberikan air berlebihan kepada bayi akan melarutkan kandungan garam dan elektrolit yang diperlukan sehingga menyebabkan buah pinggang bekerja dengan lebih keras.

Dapatkan rawatan doktor sekiranya:

  • Bayi tak aktif dan lembik
  • Menangis ketika membuang air besar
  • Suhu badan meningkat
  • Muntah susu

Baca juga: Anak Sering Meragam Bab Makanan? Guna Tips Ini Kalau Nak Elak Si Kecil Jadi Picky Eater

Sumber: Kelab Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×