Sihat

Petua Redakan Bersin Resdung Guna Bawang Putih, Memang Berlendir-Lendir Keluar!

40
SHARES

Bersin berulang-ulang kali di awal pagi memang merimaskan dan membuatkan kita tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika melihat si kecil yang mengalami masalah ini, memang kasihan dan tidak sampai hati kerana kepenatan bersin tidak henti-henti.

Biasanya, keadaan seperti itu dikaitkan dengan resdung atau juga dikenali sebagai sinus. Bagi anda yang ingin meredakan bersin resdung, cuba petua yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar di laman Instagramnya. Petua tersebut sering diamalkan oleh beliau dan memang menjadi.

Baca juga: Teknik Betul Masak Daging Untuk Orang Ada Sakit Gout

PETUA REDAKAN BERSIN RESDUNG GUNA BAWANG PUTIH

Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini. Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak ada lah lagi resdung ni. 

Petua dia macam ni:  

1. Ambil 3 hingga 4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita tengok dekat rancangan memasak tu.

2. Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.

3. Kemudian, ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

4. Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.

Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang. Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni. Jangan lupa amalkan petua ni ya. Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×