Sihat

Teknik Betul Masak Daging Untuk Orang Ada Sakit Gout

1.8K
SHARES

Pada Hari Raya Aidiladha pasti banyak daging korban yang diterima hasil korban yang dilakukan oleh orang ramai dan bagi anda yang ada masalah gout sudah tentunya khuatir untuk makan atau memasak daging tersebut.

Ini kerana jika pesakit gout makan makan berasaskan daging boleh menyebabkan kesihatan terganggu dan sebenarnya ada teknik tertentu bagi memasak daging berkenaan. Berikut merupakan perkongsian Dr suri Roowi yang anda boleh ikut dan amalkan.

Baca juga: 9 Sumber Alam Bagus Untuk Hilangkan Batuk, Baru Tekak Lega!

TEKNIK BETUL MASAK DAGING UNTUK ORANG ADA SAKIT GOUT

Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya:

1. Teknik memotong daging

Daging yang dipotong kecil-kecil atau daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.

2. Membilas

Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine. Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5:1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.

Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purin daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.

Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak.

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.

3. Teknik memasak 

Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro. Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min.

Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi. Walaubagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.

4. Masa memasak 

Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine. Kajian memunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.

Gout menyebabkan keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar, langsung membataskan pergerakan pesakit itu.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×