Suami Isteri

“Kau Ingat Perempuan Sama Level Dengan Pelac*r Ke?” Setempek Makcik Ini Sound Suami Wanita Itu!

13
SHARES
kisah suami isteri

Usai melafazkan akad, maka tanggungjawab ayah kepada anak perempuannya sudah berpindah bahu kepada menantu sebagai amanat yang harus dilindungi sepenuhnya. Bukan dimarahi di depan orang ramai seperti isteri itu tidak mempunyai maruah, sebagaimana kisah suami isteri yang dikongsikan Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang menyaksikan kejadian tersebut.

Apalah nasib dirimu wahai isteri. Ketika meminta pertolongan kecil dari suami bukan diterima dengan tangan terbuka, malah terus dimarahi dan mengungkit di depan orang ramai. Sebelum dirimu dilindungi orang awam, yang sepatutnya dilakukan oleh suamimu.

Ikuti kisah suami isteri di bawah ini sebagai pengajaran buat kita semua.

Baca juga: “Tiap Malam Saya Rasa Nak Cerai,”- Suami Tak Belai Isteri Terkilan, Bukan Harta Dikejar!

KISAH SUAMI ISTERI

kisah suami isteri

Gambar: DrazenZigic

“Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”

“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.

Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju.

Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.

Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan.

Terus suaminya cakap, “Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”

Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”

“Diamlah, mulut tu belajar diam.”

Terus makcik di belakang barisan kami menjerit,

“Dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”

Semua diam. Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi.

“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki begini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung.

Sudahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya.

Baca juga: Tiang Rumah Tangga Boleh Retak, Bila Suami Lepas Pandang 9 Nafkah Batin Isteri!

Tinggal lah isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli, terkapai-kapai

Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.

Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter.

Dia cakap, “maaf sangat, kena cancel boleh? Duit ada dekat suami saya.”

Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi saja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.

Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah. Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.

Buruk isteri, buruklah suami dan baik isteri, baiklah suami

kisah suami isteri

Gambar: Khairul Hakimin Muhammad

Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.

Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa. Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.

Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.

Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,

“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”

Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami.

Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok.

Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya. Buruk dia, buruk kita juga. Baik dia, baik kita juga. Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad, belajar.

Baca juga: Elak Tergelincir Semasa Mandi Bersama, Mama Papa Ini 7 Tips ‘Shower S*x’ Selamat!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

FT Image: livebold&bloom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×