Suami Isteri

“Kalau Ikut Melayu, Isteri Tak Bekerja Ni Kerjanya Habiskan Duit Suami Walhal…”

664
SHARES
suri rumah tangga

Isteri tidak bekerja itu bebanan suami? Biar betul, suri rumah tangga dikatakan begitu?

Melalui perkongsian saudara Firdaus Shakirin, terdapat pemikiran Melayu yang menganggap isteri sebagai suri rumah sepenuh masa kerjanya menghabiskan duit suami. Namun, dalam Islam nafkah itu adalah tuntutan suami. Jadi, anda nak ikut Melayu ke Islam? Tepuk dada tanyalah iman.

Baca juga: Lama Kahwin Patutnya Hubungan Lebih Rapat, Tapi Sebaliknya Berlaku. Kenapa?

SURI RUMAH TANGGA

PEMIKIRAN MELAYU, ISTERI TIDAK BERKERJA BEBANAN SUAMI?

Kalau ikut Melayu, isteri yang tak bekerja, yang jadi suri rumah sepenuh masa, isteri macam ni kerjanya menghabiskan duit suami.

Ini pemikiran Melayu…

Sebab apa? Sebab dia tak ada sumbangan dalam bentuk kewangan untuk meringankan beban suami. Dia guna pula duit suami beli barang dapur, beli baju, beli make up dan sebagainya.

“Isteri macam ini adalah BEBANAN untuk suami…”

Ini pemikiran orang yang hanya hatinya ‘jaki’

Pemikiran begini datang dari hati yang JAKI. Jaki tu apa benda? Jaki itu dengki, iri hati, tak puas hati, cemburu.

Walhal dalam Islam, dah menjadi tanggungjawab suami untuk menafkahi isteriIsteri perlu bekerja ke untuk beli makanan sendiri? Tak. Ada suami untuk tanggung.

Isteri perlu ada pendapatan ke untuk beli pakaian dan alat perhiasan? Tak. Ada suami untuk belikan.

Oleh sebab itu, tanggungjawab suami selepas berkahwin suami kena sediakan. Isteri tak wajib cari pendapatan. Isteri boleh je “habiskan duit suami” kalau itu mindset orang kita terhadap suri rumah.

Tepuk dada tanya iman anda, nak ikut Melayu atau Islam?

suri rumah tangga

Gambar: freepik

Tak ada salah pun dalam agama. Tak berdosa pun isteri guna duit suami selagi penggunaan itu tak membazir, ianya adalah untuk keperluan isi rumah, anak-anak dan dirinya sendiri.

Nak ikut Melayu ke nak ikut Islam guys? Tepuk dada tanya iman masing-masing. Wallahualam.

Baca juga: “Tiap Malam Saya Rasa Nak Cerai,”- Suami Tak Belai Isteri Terkilan, Bukan Harta Dikejar!

PELBAGAI PERASAAN YANG DIGAMBARKAN DARI WARGANET!

Menjengah di ruangan komen, terdapat seribu satu rasa yang diluahkan dalam kalangan netizen. Jelas sangat ianya memang berlaku di dalam masyarakat kita. Semoga dapat ambil iktibar.

“Saya wife yang tak kerja tu, ye memang saya habiskan duit suami…”

“Hina sangat ke jadi suri rumah tangga?”

“Dula saya bekerja bila nampak kami mewah sikit, kata pakai duit laki…”

“Saya kerja pun masih wajib suami bagi nafkah…”

“Dulu masa saya kerja disanjung tinggi! kemudian…”

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

FT Image: GaretsVisual

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×