Alam berumah tangga merupakan salah satu proses fasa kehidupan yang berlaku pada makhluk bernama manusia. Mengikut logik di akal, rumah tangga yang dibina bertahun-tahun lamanya, seharusnya memberi satu kesan hubungan yang erat kepada pasangan suami isteri.
Namun, menurut saudara Firdaus Shakirin sebaliknya pula yang berlaku sewaktu dalam proses itu, di mana lagi lama tempoh hubungan sebagai suami isteri terjalin lagi renggang hubungan suci itu. Jom baca penjelasan daripada beliau sebab kenapa ianya boleh berlaku, semoga bermanfaat buat kita semua.
Baca juga: 3 Teknik Berbincang Untuk Suami Isteri, Selamat Rumah Tangga…
LAMA KAHWIN PATUTNYA HUBUNGAN LEBIH RAPAT,
Sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita dengan pasangan.
Sebaliknya, lagi lama tempoh tu, lagi renggang kita dengan pasangan.
TAHU TAK KENAPA?
Ada perkahwinan yang masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjawab sahaja. Bukan dasar rasa sayang, rasa cinta terhadap pasangan.
Tapi semata-mata tanggungjawab untuk membesarkan anak dalam keadaan dia ada ibu bapa macam orang lain dan tak nak anak itu terjejas ataupun terkesan jika dia ambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan.
Mereka yang berpegang kepada alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri.
Pasangan nak buat apa, jadi macam mana, terpulanglah pada dia. Dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri.
MAJORITINYA RENGGANG SEBAB BANYAK ‘MAKAN HATI’
Majoriti orang makin renggang dalam hubungan sebab banyak makan hati. Makan hati dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangan sendiri.
Bukan baru sebulan dua pasangan jadi macam tu, tapi dah bertahun-tahun dan tak nampak perubahan langsung untuk berubah. Perbuatan yang menyakitkan hati, kata-kata yang melukakan hati dan perangai yang membuatkan hati jadi tawar-setawarnya.
Dia fokus kepada amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dengan Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya.
Sebab tu ada orang lama dah berkahwin, tapi tak rapat dan mesra pun dengan pasangan sendiri. Masing-masing bawa haluan sendiri walaupun tinggal di bawah satu bumbung.
“KITA KENA KEMBALI KEPADA ALLAH SWT SUPAYA HATI KITA DIA CAMPAKKAN SEMULA RASA KASIH…”
Menjengah di ruangan komen, ternyata perkongsian ini mendapat perhatian daripada netizen. Beberapa daripada mereka walaupun sudah ada timbul perasaan tawar hati namun kehidupan sebagai suami isteri harus diteruskan juga.
Mereka juga memilih untuk meletakkan rasa cinta kepada Allah SWT dan lebih mendekatkan diri kepada-Nya yang sememangnya, apabila manusia mengharap kepada Allah SWT hati sudah pasti tidak akan terluka.
Sumber: Facebook Firdaus Shakirin