Nur

Ini Hukum Guna Ubat Mata Ketika Berpuasa, Dah Tahu Baru Tak Ragu!

3
SHARES
hukum menggunakan ubat mata

Apabila masuknya bulan Ramadan, pasti terdapat banyak persoalan yang timbul bagi mengelakkan puasa seseorang itu terbatal. Salah satunya adalah persoalan tentang penggunaan ubat mata. Justeru itu, mari menambahkan kefahaman ilmu agama pembaca berkenaan hukum menggunakan ubat mata ketika berpuasa.

Baca juga: Sengaja Batal Puasa Untuk Bersetubuh Di Siang Hari? Hati-Hati Anda Kena Bayar KAFFARAH!

HUKUM MENGGUNAKAN UBAT MATA KETIKA BERPUASA

hukum menggunakan ubat mata

Gambar: user18526052

Melalui laman portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dapat disimpulkan bahawa memasukkan ubat ke dalam mata adalah tidak membatalkan puasa.

Hal ini kerana, mata bukanlah termasuk di dalam kategori ruang yang sedia terbuka. Walaupun dapat merasakan kesan ubat sehingga ke rongga dalam namun tidak membatalkan puasa.

Sekiranya termasuk sesuatu melalui ruang yang sedia terbuka seperti mulut, telinga, qubul dan dubur sehingga ke rongga dalam dengan tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Ini seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa, sedang dia berpuasa, lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasa. Sesungguhnya Allah SWT yang memberinya makan dan minum itu.” Riwayat Imam Muslim (1155)

Baca juga: Panduan & Tips Cara Khatam Al-Quran Lebih Dari SEKALI Dalam Bulan Ramadan!

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga

Berdasarkan al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafie, 2/181,

“Di antara perkara yang membatalkan puasa adalah dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam (ruang selepas halkum hingga usus dan tali perut) melalui ruang yang sedia terbuka iaitu mulut, telinga, qubul dan dubur sama ada lelaki mahupun perempuan. Sekiranya memasukkan sesuatu melaluinya sehingga sampai ke rongga dalam badan maka terbatal puasanya. Begitu juga memasukkan ubat ke dalam telinga batal puasanya. Adapun sekiranya memasukkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa ini kerana mata tidak termasuk di dalam ruang yang terbuka.”

Baca juga: Cara Solat Tarawih Di Rumah, Khas Buat Wanita Ada Kekangan Ke Masjid!

Selain itu, Dar al-Ifta Jordan dalam fatwa puasanya menyatakan,

“Ubat mata tidak membatalkan puasa walaupun dapat merasakannya di halkum. Ini kerana mata bukanlah tergolong di dalam ruang yang menyalurkan sesuatu sehingga ke rongga.” (Lihat: http://aliftaa.jo/ShowContentPrint.aspx?Id=103)

Begitu juga Dar al-Ifta al-Misriyyah dalam laman sosial rasminya menjawab persoalan berkenaan dengan perbezaan pendapat hukum meletak ubat di dalam mata. Mengukut pendapat al-Imam Syafie’ memasukkan ubat ke dalam mata sehingga sampai ke halqum, tidak membatalkan puasanya. (Lihat: http://www.dar-alifta.org, fatwa No. 256)

Baca juga: Apakah Berdosa Tak Mahu Kahwin? Ini Hukumnya & Penjelasan Daripada UAI

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: opatsuvi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×