Nur

Tidur Lepas Subuh Ganggu Keluarnya Hormon Kecergasan, Itu Yang Letih Siang Hari Berpuasa!

2
SHARES
kesan tidur selepas subuh

Tidur lepas Subuh merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh kebanyakan orang. Tanpa anda ketahui, jika pola kehidupan ini sering dilakukan ia boleh mengganggu pusingan biologi di dalam badan. Di mana, ia membawa kepada keletihan sepanjang hari berpuasa yang merupakan antara kesan tidur selepas subuh.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, hormon kortisol yang keluar sekitar 3 pagi berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang boleh terganggu apabila anda tidur semula setelah bangun Subuh. Jadi, berapa lama dan waktu bila yang sesuai untuk tidur di siang hari? Huraiannya ada di bawah.

Baca juga: Dr. Pesan Pesakit EKZEMA Kena Kerap Sapu ‘Moisturizer’ Berbanding Krim Steroid, Sebabnya…

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH

kesan tidur selepas subuh

Gambar: freepik

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

“Assalamualaikum doktor. Apa kesan kesihatan seseorang yang tidur selepas bersahur?”

Waalaikumussalam.

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya, ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

Baca juga: Panduan & Tips Cara Khatam Al-Quran Lebih Dari SEKALI Dalam Bulan Ramadan!

Kesan tidur lepas Subuh 

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Baca juga: Ini Hukum Guna Ubat Mata Ketika Berpuasa, Dah Tahu Baru Tak Ragu!

Waktu dicadangkan untuk tidur sebentar

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, Insha Allah kita akan berasa segar walaupun berpuasa.

Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×