Nur

Bacaan Taklik Negeri Selangor Ditambah, Isteri Boleh Report & Bayar RM10 Terus Jatuh Talak!

25
SHARES
bacaan taklik nikah

Setelah selesai dan sahnya akad nikah dalam perkahwinan Islam akan diikuti pula dengan bacaan taklik nikah. Bacaan ini adalah sangat penting untuk mengingatkan kepada suami tentang tanggungjawab dan tidak mengkhianati atau meninggalkan isteri dengan sewenang-wenangnya.

Namun, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa bacaan taklik terutamanya di negeri Selangor telah ditambah supaya kurangnya berlaku ‘pengkhianatan’ dalam kalangan isteri. Nampaknya, para suami boleh didenda dan dimasukkan dalam penjara!

Baca juga: Pakar Senarai Top 10 Kerjaya Yang Berpotensi Untuk CURANG Dengan Pasangan, Tak Sangka Ya!

BACAAN TAKLIK NIKAH NEGERI SELANGOR DAH TAMBAH SATU LAGI PERKARA

bacaan taklik nikah

Di bawah peruntukan undang-undang keluarga Islam di Malaysia, mengikut Seksyen 50 iaitu perceraian di bawah taklik atau janji:

1. Seorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat surat perakuan taklik yang dibuat selepas berkahwin memohon kepada mahkamah untuk menetapkan perceraian yang demikian sudah berlaku.

2. Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan jika berpuas hati perceraian itu adalah sah mengikut hukum syarak, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod yang diperakui Pendaftar kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Lazimnya, lafaz taklik yang dilafazkan selepas akad nikah oleh suami berbeza mengikut negeri. Contohnya di Selangor, lafaz takliknya berbunyi:

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang itu pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.

Baru-baru ini menurut seorang pengguna di laman X memberitahu bahawa bacaan taklik di negeri Selangor sudah ditambah kepada satu lagi perkara : “Jika mengkhianati hubungan ini..”

Ini bermakna, kalau suami mengkhianati, isteri boleh buat laporan di mahkamah, bayar RM10 dan terus jatuh talak 1! Menerusi ruangan komen juga, ada yang memberi contoh terma ‘mengkhianati’ itu adalah seperti:

-Menjalinkan hubungan sulit antara antara penjawat awam sehingga menyebabkan hubungan suami isteri terjejas.
-Memikat wanita yang sudah bersuami juga merupakan kesalahan jenayah.

Perbuatan ini boleh menyebabkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

bacaan taklik nikah

*Awas ya para suami semua. Jangan terlampau mudah untuk mengkhianati!

Baca juga: Bancuh Air Untuk Suami Tersayang Jangan ‘Kosong’, Selit Doa-Doa Ini Supaya Abang Sentiasa Cinta!

Sumber: Harian Metro, X @MyLoverekindeld

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×