Suami Isteri

Hubungan Romantis Suami Isteri Makin Pudar, Guna 5 Cara Ini Untuk ‘Panaskan’ Kembali Cinta!

11
SHARES
hubungan suami isteri

Hubungan semasa bercinta itu memang indah. Pada waktu inilah ramai dalam kalangan kita akan mengungkapkan kata-kata romantis dan sanggup untuk melakukan apa sahaja buat pasangan. Namun, apabila bertukar kepada hubungan suami isteri semuanya pudar begitu sahaja!

Inilah apa yang dihadapi oleh ramai pasangan apabila usia perkahwinan menjangkau bertahun-tahun, semua kemanisan dalam perhubungan suami isteri tidak seperti dahulu. Jadi, apa yang anda boleh lakukan supaya hubungan bersama pasangan kekal romantis? Boleh cuba 5 tips ini…

Baca juga: Isteri Berhak Tuntut Fasakh Kalau Suami Selalu ‘Miss’ & Tak Mampu Bagi Nafkah Batin!

TIPS HUBUNGAN SUAMI ISTERI KEKAL ROMANTIS WALAUPUN DAH LAMA KAHWIN

hubungan suami isteri

Kita semua tau, dalam hubungan jangka panjang, tak semudah tu nak kekal romantis macam zaman baru bercinta. Jadi, apa yang perlu ada dalam hubungan supaya kekal cinta untuk bertahan lama? Ini dia 5 perkara yang penting:

1. Komunikasi yang baik antara pasangan

Tak ada la nak kena bercakap setiap minit pun, tapi kena ada space untuk kongsi perasaan. Bila ada masalah, jangan terus mengamuk atau senyap je.

Bincanglah bersama-sama dengan baik.

2. Saluran empati yang terbuka

Kena faham perasaan pasangan, bukan sekadar dengar. Kadang-kadang kita kena beri ruang untuk pasangan bercerita tanpa kita judge terus. Dalam hubungan, satu sama lain kena sentiasa support.

3. Hormat-menghormati

Tak kira la dah berapa lama kenal, kena sentiasa ada hormat-menghormati. Contohnya, takde la nak kutuk badan pasangan atau nak control sangat pasangan. Hormatilah perasaan dan privasi pasangan.

4. Bersikap fleksibel dan bersedia untuk berubah

Setiap orang ada kekurangan, tak salah kalau kita berubah untuk pasangan. Bersedia untuk berkorban sedikit demi sedikit pun memang satu usaha yang baik.

5. Sentiasa jaga komitmen

Kalau dah berjanji nak berada bersama, kena sentiasa jaga komitmen. Tak kira la benda kecil ke benda besar, kalau dah ada janji, kena patuh.

hubungan suami isteri

Itu je 5 perkara penting dalam hubungan jangka panjang. Bila ada masalah, kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan membina hubungan yang kuat. Kena ada effort yang lebih, kena ada komitmen yang betul-betul kuat.

Sumber: Twitter Abudi AlSagoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×