Nur

UAI Cakap Haram Tidur Peluk Teddy Bear, Tapi Mufti Cakap Lain? Baca Dulu Baru Faham..

5
SHARES
anak patung

Baru-baru ini, menjadi bualan ramai apabila terdapat kenyataan dari seorang penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), mengenai hukum tidur dengan anak patung mainan seperti teddy bear tersebut adalah HARAM.

Isu ini mencetuskan persoalan dalam kalangan orang ramai yang bertanyakan status haram ini terpalit kepada semua golongan tanpa mengira umur atau bagaimana? Ada juga yang menyatakan bahawa kenyataan dari Mufti pula adalah berbeza..

Baca juga: Wanita Kongsi Nota Mengaji Arwah Ibu Padat Dengan Doa, Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata

USTAZ AZHAR IDRUS CAKAP HARAM TIDUR DENGAN ANAK PATUNG

anak patung

Menurut laporan Berita Harian, Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan mengenai anak patung ini semasa salah satu sesi ceramahnya. Beliau mengingatkan para ibu bapa supaya tidak terlampau ikut dan membiarkan anak-anak perempuan tidur dengan patung.

“Sekarang ini, ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.

“Fasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung ‘bear’ lah, ‘adudu’ lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis. Ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung, hukumnya haram,” katanya pada satu sesi ceramah sebelum ini.

Yang boleh patung permainan ini adalah kepada anak yang belum baligh. Hanya anak kecil ini dibenarkan bermain patung.

Dalam kenyataan tersebut mengatakan bahawa anak-anak yang belum baligh sahaja yang boleh bermain dengan patung-petung permainan ini dan bukan untuk orang dewasa. Ini bagi mengelakkan sebarang penyembahan dan gangguan mistik yang sering berlaku tanpa tahu apa puncanya.

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN CAKAP LAIN?

anak patung

Namun, berbeza pula dengan kenyataan yang dinyatakan dalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai bantal peluk berbentuk karakter atau haiwan seperti teddy bear ini.

Sudah menjadi trend atau ikutan anak-anak masa kini menjadikan teddy bear, patung minion dan yang seumpamanya sebagai bantal atau bantal peluk semasa tidur. Mengenai perkara ini, Imam al-Nawawi ada menukilkan satu pendapat daripada al-Khattabi yang menyebutkan bahawa :

وَإِنَّمَا لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ أَوْ صُورَةٌ مِمَّا يَحْرُمُ اقْتِنَاؤُهُ مِنَ الْكِلَابِ وَالصُّوَرِ فَأَمَّا مَا لَيْسَ بِحَرَامٍ مِنْ كَلْبِ الصَّيْدِ وَالزَّرْعِ وَالْمَاشِيَةِ وَالصُّورَةِ الَّتِي تُمْتَهَنُ فِي الْبِسَاطِ وَالْوِسَادَةِ وَغَيْرِهِمَا فَلَا يَمْتَنِعُ دُخُولُ الْمَلَائِكَةِ بِسَبَبِهِ

Maksudnya : “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing atau gambar (gambar patung) yang haram digunakan. Adapun apa yang tidak haram untuk digunakan yang terdiri daripada anjing buruan, anjing bagi menjaga tanaman dan anjing bagi menjaga ternakan serta gambar yang direndahkan (tidak dimuliakan) yang terdapat pada hamparan atau bantal atau selainnya, maka ia tidak menghalang daripada para malaikat masuk (ke dalam rumah) disebabkan olehnya (ada dalam rumah).” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/84 dan Tuhfah al-Ahwazi, 8/72)

Oleh itu, kita ketahui bahawa sekiranya patung tersebut dijadikan sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana patung permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang disembah atau dimuliakan. Bahkan, kanak-kanak tersebut dengan tabiatnya akan mematahkan dan merosakkan patung tersebut seperti terputus kepala atau anggota badannya. Ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah sebagai patung permainan bagi mereka dan jauh sekali untuk dihormati, apatah lagi disembah.

Tuntasnya, setelah pihak Mufti Wilayah Persekutuan melihat kepada dalil-dalil dan pandangan para ulama serta realiti dan waqi’ Malaysia, disimpulkan kepada beberapa perkara :

Mufti WP cenderung mengatakan menjadikan teddy bear, patung minion dan yang seumpamanya adalah dibolehkan selagimana patung tersebut tidak diletakkan di tempat yang mulia, tidak disucikan (taqdis), dihormati atau bertujuan untuk disembah atau dipuja.

Akan tetapi sekiranya patung berkenaan digunakan sebagai bahan pujaan, atau diletakkan di tempat yang dihormati sehingga membawa kepada penyucian, maka jelas perkara tersebut haram dan dilarang sama sekali. Walaupun begitu, mereka juga ingin mengesyorkan (sekiranya boleh) supaya dielakkan penggunaan patung seperti teddy bear, minion dan lain-lain sebagai bantal, agar kita tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.

Jika boleh diganti (dengan bentuk lain seperti bintang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain) atau ditinggalkan bagi mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah (adalah lebih baik dan selamat) kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa :

الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ

Maksudnya : “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”

*Maksudnya di sini, benarlah ini merupakan permainan untuk kanak-kanak dan kalau boleh, untuk yang sudah dewasa, elakkanlah. Banyak lagi bentuk lain yang boleh dijadikan bantal peneman tidur bukan? Kalau dalam filem hantu, patung macam ini mudah dirasuk…

Baca juga: Doa, Manfaat & Tatacara Yang Betul Cukur Rambut Bayi Dalam Islam, Jangan ‘Bedal’ Je!

Sumber: Berita Harian, Pejabat Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×