Pada hari ini, makin ramai yang berasa takut untuk mempunyai anak yang ramai. Katanya, semakin ramai anak, semakin susah kehidupan mereka. Hal ini kerana, keadaan ekonomi pada masa kini dan apabila dibuat kira-kira seorang anak memakan belanja yang besar dalam masa sebulan.
Satu perkongsian dibuat oleh @dinwmcmkedah26 mengenai ustaz Azhar Idrus menjawab satu persoalan hukum gugurkan kandungan sebab miskin.
Baca juga: Jadi Suri Rumah Stres Ke? Ini 10 Perkara Tentang Suri Rumah Anda Kena Tahu
HUKUM GUGURKAN KANDUNGAN SEBAB MISKIN
Boleh ke gugurkan kandungan di bawah usia 4 bulan atas dasar kemiskinan?
Dia menggugurkan anak yang belum sampai 4 bulan berlaku perselisihan di kalangan ulama. Ada pun yang sudah 4 bulan, sebahagian ulama mengharamkan kerana tiupan roh berlaku setelah 4 bulan dalam kandungan.
Sampai 4 bulan kandungan, Allah SWT kata “Siapa yang sampai 4 bulan dalam perut ibu nya kemudian meninggal, dia akan bangkit di hari kiamat”. Kalau ada kematian, gugur dalam kandungan, kandungan sudah sampai 4 bulan lepas itu mati, sama ada mati di luar atau mati di dalam tidak kira 4 bulan suku, 4 bulan setengah, sunat letak nama anak.
Setiap anak yang sudah sampai 4 bulan dalam perut akan bangun pada hari kiamat. Jika bangun, nama nak panggil apa?
Sebab Allah SWT nak panggil nama. Nabi kata, “Kamu nanti akan Tuhan panggil seorang demi seorang pada hari kiamat nama yang bapa kamu beri, bin atau binti atas nama bapa kamu”. Ada orang 5 bulan dalam kandungan, tak letak nama mati. Letak lah nama.
Jadi kalau dia gugur kandungan 4 bulan, ulama berpendapat, sebahagian mengatakan haram, sebahagian mengatakan makruh.
Tetapi jika gugurkan kandungan kerana kemiskinan, hukumnya haram. Tak boleh. Jangan kerana miskin, siapa yang menjadikan anak ini, Allah SWT. Allah SWT ini miskin ke kaya? Allah SWT yang jadikan budak itu, Maha Kaya. Allah SWT kaya macam kita ke? Tidak.
Allah SWT lebih kaya daripada alam ini. Kumpul segala dalam dunia ini daripada Adam sampai kiamat Allah SWT lebih kaya dan seluruh harta manusia ini termasuk yang berada di planet semua sekali hanya lah terletak di hujung jarum dan letakkan jarum itu ke dalam laut. Laut itu harta Allah SWT.
Sebab itu lah nak merancang keluarga, adakalanya makruh. Bila makruh? Bila dia merancang keluarga kerana dia tak dapat nak jaga anak kerana dia bekerja, dia takut dia sia-sia kan anak tak terjaga. Hukum nya makruh.
Tapi bila dia merancang keluarga kerana takut miskin ekonomi, haram kerana yang suap makanan ke dalam perut bukan mak ayah tetapi Allah SWT.
“Sesungguhnya dia (Allah SWT) seorang sahaja yang beri rezeki, orang lain tak terlibat”. Jangan kerana miskin.
VIDEO PENUH
@dinwmcmkedah26
Sumber: Tiktok dinwmcmkedah26