Famili

Jadi Suri Rumah Stres Ke? Ini 10 Perkara Tentang Suri Rumah Anda Kena Tahu

20
SHARES

Banyak tanggapan yang mengatakan bahawa menjadi suri rumah adalah satu perkara yang mudah. Mana tidaknya, apabila dilihat secara luaran suri rumah ini hanya berada di dalam rumah dan menguruskan anak-anak sahaja. Namun begitu, ketahuilah banyak suri rumah yang mengalami stress  yang berlebihan jika dibandingkan dengan ibu yang bekerjaya. Ini perkara yang perlu anda tahu kenapa suri rumah adalah salah satu kerja yang paling mencabar.

Baca juga: Ketahui 5 Perkara Persiapkan Emosi & Adab Anak Lelaki Sebelum Remaja

Jadi suri rumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri. Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya. Nota ini adalah dari nota Konvesyen Suri 2 tahun lepas. Info ini dikongsi oleh Akif Basri. Antara Top 10 penyebab suri rumah lebih stress adalah: 

1. Menjalani rutin yang sama setiap hari.

2. Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain.

3. Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun hanya pusing-pusing dalam rumah sahaja.

4. Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak.

5. Kerjaya suri rumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.

6. Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi suri rumah bila raya lagi banyak kerja. Dah lah kerja tak bergaji.

7. Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak-anak yang mencabar.

8. Tekanan masyarakat:

– “Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last duduk dapur”

– “Duduk rumah habis beras suami”

– “Suri rumah ini golongan yang tak nak memajukan diri”

9. Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.

10. Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.

Nombor 1-3 itu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dasyat 2 tahun lepas. Faktor yang menggandakan lagi stress ini bila:

– Bekerja sambilan dari rumah.

– Tiada pembantu rumah atau ahli keluarga lain  yang membantu.

– Anak masih kecil.

– Anak rapat-rapat.

– Mempunyai anak istimewa.

– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung).

– Tiada sokongan dan bantuan daripada pasangan.

Sesungguhnya, tak mudah jadi suri rumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tahu cabarannya. Janganlah perkecilkan mereka ini. Sesungguhnya kerjaya mereka ini mulia.

Siapa sanggup melupaka cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.

Hargailah mereka. Sesekali pegang bahu dan cakap kepada mereka, ” You are such a brave and strong for being a housewife”. Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×