Pihak berkuasa Nepal kini sedang mengesan ratusan pelancong asing yang dilaporkan tidak dapat dihubungi selepas kejadian banjir kilat besar melanda daerah Rasuwa.
Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam menerbitkan senarai terkini individu yang masih belum dapat dikesan pada petang Khamis.
BANJIR KILAT DI NEPAL, SENARAI 51 RAKYAT MALAYSIA BELUM DAPAT DIHUBUNGI

Senarai berkenaan diterbitkan menerusi laman web rasmi jabatan tersebut dengan tajuk “Tourist List (Out of Contact) in Bhotekoshi Flood”.
Secara keseluruhan, seramai 537 warga asing dari lebih 30 negara disenaraikan sebagai individu yang masih belum dapat dihubungi susulan kejadian banjir berkenaan.
Maklumat yang dimuatkan termasuk nama individu, kewarganegaraan, umur serta agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka.
Berdasarkan senarai terkini itu, seramai 51 rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai individu yang masih belum dapat dihubungi.
Mereka dipercayai berada di bawah pengurusan beberapa agensi pelancongan, antaranya Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour serta Kailash Journeys.
Berikut merupakan nama rakyat Malaysia yang disenaraikan:
1. A Ganesan Anandan
2. Appannah A Muthaloo
3. Arunasalam Karuppiah
4. Azman Karim
5. Balasingam Kesavan
6. Brabaakaran Krishnan
7. Eswary Mani Raj
8. Gunanesan Vellaisamy
9. Gunavathy Muthusamy
10. Inthumathy Subramaniam
11. Jason Ngeow
12. Kalai Mathe Karuppaiah
13. Kalaiselvi P Narayanasamy
14. Kannan Kerisna
15. Karunanithi Sundram
16. Kirubanithi Alagappan
17. Komathi Rethinam
18. Krishnan Vadivelu
19. Letchumy Sinnappan
20. Lingam Samykanoo
21. Malani M Vellu
22. Mangala Vanan Krishnasamy
23. Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa
24. Mohd Nohan Salim
25. Mohd Padzil Daros
26. Mohd Sani Harul
27. Muhamad Nasir Abdul Talib
28. Muhammad Haziq Ismail
29. Murukan Supramaniam
30. Nahentran Ganasan
31. Navein Palani
32. Neelavany Marimuthu
33. Padmahwathi A Govindasamy
34. Poobalan Murgaya
35. Poornima Alagappan
36. Rajita Sivan
37. Raman Supramaniam
38. Ravindar Ayyavoo
39. S Gomathi Sitoralingam
40. S Ramu Sawasamy
41. Santhanaletchmi Tiruganasambandam
42. Saraswathi Nagaratnam
43. Saratha Alagappan
44. Shabuddin Mun
45. Suguna Balan
46. Thanapalan Muthoo
47. Vallie Palaniasamy
48. Vanajah Vadival
49. Vennila Muniandy
50. Vijayan Perumal
51. Yougesvari Subramaniam
India catat jumlah tertinggi

Dalam senarai berkenaan, India merekodkan jumlah warganegara paling ramai yang dilaporkan masih belum dapat dihubungi, iaitu 178 orang.
Amerika Syarikat pula mencatatkan 65 individu, manakala Ukraine berada di tempat ketiga dengan 53 orang.
Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 537 warga asing dari lebih 30 negara yang disenaraikan oleh pihak berkuasa Nepal selepas kejadian banjir kilat di kawasan Bhotekoshi.
Perkembangan mengenai status kesemua individu berkenaan masih dinantikan, termasuk maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan.
Baca juga: Baru 15 Tahun, Anak Sharifah Sofia Cipta Kejutan! Juara Ragbi, Raih Emas SUKMA Bawah 21 Tahun
Sumber: Berita Harian
