Asuh

[VIDEO] Ibu Bawa Bayi Dalam Besen Mandian Ketika Banjir Undang Sebak, Netizen Pesan Pegang Kuat-Kuat!

30
SHARES
banjir kelantan

Nampaknya, jumlah mangsa banjir di negara ini terus meningkat bermula pagi semalam, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri. Sembilan negeri yang terjejas adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah terjejas bah.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 7 pagi.

Baca juga: 7 Tempat Dalam Malaysia Ini Dahulunya Cantik & Megah, Tapi Sayang…Kini Makin Suram!

BANJIR KELANTAN: TULAR IBU BAWA BAYI DALAM BESEN MANDIAN

banjir kelantan

Bencana banjir kali ini mendapat liputan yang meluas bukan sahaja melalui media arus perdana, malah penuh di laman media sosial seperti Tiktok di mana ramai berkongsikan keadaan terkini di kawasan kediaman. Selain mendapat perhatian dengan misi menyelamatkan kucing, ada satu perkongsian di laman Tiktok ini juga tular apabila kelihatan seorang ibu membawa bayi terapung dalam besen mandian.

Sangat menyentuh hati ramai, bayi yang berusia beberapa bulan itu juga kelihatan tenang berada di dalam besen mandian, dipayungi ketika hujan dan hanya memandang wajah ibunya sahaja. Perkongsian video ini mendapat tontonan sehingga 3.8 juta di laman Tik Tok dan padat dengan doa rakyat jelata apabila ramai yang mendoakan untuk rakyat negeri yang mengalami banjir terus kuat!

Bukan itu sahaja, ramai juga yang meninggalkan komen supaya berhati-hati membawa bayi di dalam besen berkenaan kerana pernah ada kes bayi hanyut dan maut semasa bencana banjir yang lepas.

Bencana banjir atau bah kali ini adalah lebih teruk dari apa yang berlaku pada tahun 2014. Malah, bukan negeri Kelantan sahaja, paras air di negeri Terengganu dan Kedah juga dilihat semakin meningkat jika taburan hujan tidak berkurangan. Dinasihatkan buat orang ramai untuk terus berhati-hati, jangan mandi-manda dalam air banjir dan jaga aktiviti kanak-kanak.

@ieyracha #banjirkelantan2024 sekarang ni air makin naik hm gi duk rumah umi sebelah, tapi kat buku lali. Kalau rumah sendiri kat betis dah @ABANG SETEPEK 🇵🇸 ♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away

*Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. (Surah Hud, Ayat 44)

Baca juga: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!

Sumber: Tiktok @ieyracha, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×