Famili

Pengalaman Seram Tidur Di PD, Intai Bilik Kiri Kanan Rupanya Dah Usang..Terus Lari Check-Out!

paradise lagoon port dickson

Ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil masa ketika cuti hujung minggu untuk membawa anak-anak berjalan-jalan. Malah, ada yang memilih untuk tidur semalaman di hotel tidak kira berdekatan dengan rumah atau luar kawasan. Namun, bila bercakap mengenai hotel pasti ada kisah seram yang terselit seperti pengalaman keluarga ini di Paradise Lagoon Port Dickson.

Apa yang berlaku dan bukankah lokasi penginapan ini popular?

Baca juga: 9 Lokasi ‘Keras’ Dalam Malaysia, Yang Akhir Sekali Baru Dirobohkan & Ada Bau Wangi…

CHECK-IN PARADISE LAGOON PORT DICKSON, RUPANYA MEREKA SAHAJA ‘PENGHUNI’!

paradise lagoon port dickson

Seperti kisah yang dikongsikan dari pihak ketiga iaitu seorang lelaki dikenali sebagai nama Helmi di laman X menerusi akaun @bcckupacc99, dia menceritakan pengalaman seram semasa berada di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Percutian bersama isteri dan anak-anak pada awalnya gembira dan teruja sahaja. Hal ini kerana tempat penginapan di Port Dickson tersebut adalah betul-betul menghadap pemandangan laut yang begitu tenang. Namun, keterujaan itu terhenti dan bertukar suram setelah mereka sampai di tempat penginapan dikenali sebagai Paradise Lagoon, Port Dickson.

Sambil-sambil melihat keadaan luar balkoni apartmen itu, rupanya hanya mereka sahaja penghuni di aras bangunan berkenaan! Turut diintai keadaan apartment sebelah kiri dan kanan, kedua-duanya kelihatan usang dan tidak terurus! Tanpa membiarkan unsur seram itu berlegar-legar, dia memutuskan untuk terus ‘check-out’ dari penginapan tersebut kerana bawa bayi usia 3 bulan juga.

“Patutlah harga murah!” katanya.

Rupa-rupanya, ramai dalam kalangan netizen pernah berhadapan dengan situasi ini dan pernah menginap di lokasi sama. Malah, ramai juga berkongsikan bahawa banyak kali berlaku kisah-kisah mistik makhluk ghaib yang pernah ‘menculik’ kanak-kanak di rumah sebelah.

paradise lagoon port dickson

Memang dinasihatkan terutamanya yang masih mempunyai anak kecil untuk tidak memilih tempat penginapan sebarangan ketika bercuti. Senang cakap, biarlah harga mahal sedikit yang penting keselamatan terjamin!

Baca juga: 5 Adab Sebelum Mendiami Rumah Baharu, Azan 4 Penjuru Paling PENTING Elak Jin ‘Tumpang’

Sumber: X @bckupacc99

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×