Didik

KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!

23
SHARES
kertas peperiksaan

Kertas peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM sememangnya telah menjadikan anak-anak di zaman sebelum ini sangat berdaya saing, rajin dan bersemangat. Walaupun susah, namun peperiksaan sebegini membantu untuk menetapkan standard setiap pelajar di peringkat rendah dan menengah untuk melayakkan diri ke peringkat pengajian tinggi yang berkualiti.

Agak mengejutkan adalah dalam kenyataan terbaharu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengatakan bahawa keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah bertujuan untuk mengurangkan tekanan. Setuju?

Baca juga: Cara Buat Semakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Secara Online

KERTAS PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN UNTUK KURANGKAN TEKANAN MURID?

kertas peperiksaan

Foto: AWANI

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.

“Pentaksiran bilik darjah ini akan beri satu tanda aras lebih baik khususnya untuk melihat dan menilai anak-anak lebih holistik melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid”.

Menurut beliau, pendekatan ini diambil untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) sama ada KPM bersedia mengkaji semula bidang kurikulum persekolahan bagi mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan murid.

ADA SARINGAN MINDA SIHAT UNTUK MURID

kertas peperiksaan

Foto: Suara.com

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM sentiasa memberi keutamaan dalam hal kebajikan dan kesejahteraan murid termasuk psikososial dan kesihatan mental murid. Antaranya dengan melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal untuk mengenal pasti murid berhadapan gangguan emosi.

“Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali terhadap semua murid tahun lima hingga tingkatan enam manakala murid yang dikenal pasti mempunyai masalah gangguan emosi teruk dan sangat teruk, Saringan Minda Sihat dilaksanakan sebanyak dua kali setahun“.

Tambahnya, melalui saringan ini, murid yang menunjukkan tanda-tanda awal kemurungan diberikan bantuan segera melalui intervensi berfokus menggunakan Modul Minda Sihat, Modul Program Intervensi Minda Sihat dan Modul Kesihatan Mental Remaja yang menerapkan kemahiran menangani stres, kemahiran menyelesaikan masalah dan menguruskan emosi dengan baik.

Mengenai saringan kesejahteraan psikologi guru, beliau berkata, sebanyak 92.7 peratus guru telah memiliki profil kesejahteraan psikologi berdasarkan pemprofilan kesejahteraan guru menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).

Sudah pasti kenyataan ini mengundang pelbagai komen terutamanya dari kalangan ibu bapa di laman media sosial yang 90% tidak bersetuju untuk memansuhkan peperiksaan. Hal ini kerana, peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, PT3 dan SPM memang terbukti membuahkan hasil yang positif dalam kalangan anak-anak untuk lebih berdaya saing.

*Kalau mansuhkan peperiksaan, adakah hanya datang sekolah untuk mengisi masa lapang? Mulalah rasa malas menebal dalam diri anak-anak zaman sekarang..

Baca juga: Top 10 Peperiksaan PALING SUSAH Di Dunia, Tahap Kesukaran Di Skala Luar Biasa!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×