Inspirasi

Tangan Yang Lembut Boleh Goncang Dunia, Ini 5 Tokoh Kemerdekaan Wanita Wajib Kita Kenal

5
SHARES
tokoh kemerdekaan wanita

Sebut sahaja mengenai kemerdekaan, pasti yang terbayang dalam fikiran adalah Tunku Abdul Rahman, nama Perdana Menteri lain serta tokoh-tokoh tertentu yang popular sahaja. Tambah pula buat anda yang sering mengantuk di dalam kelas Sejarah, jika ditanya mengenai Tokoh Kemerdekaan Wanita pasti ‘kosong’ sahaja jawapan bukan?

Ternyata, semasa zaman masih dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan bukan sahaja dalam golongan lelaki malah, golongan wanita memainkan peranan yang sangat penting. Untuk membangkitkan kembali semangat perjuangan wanita, kami senaraikan antara 5 tokoh wanita besi yang anda kena tahu!

Baca juga: Pertama Dalam Sejarah, Penerbangan Air India Hanya Bawa Krew & Jemaah Haji Wanita Sahaja!

5 TOKOH KEMERDEKAAN WANITA MALAYSIA YANG RAMAI LUPA…

1.Suriani Abdullah

tokoh kemerdekaan wanita

matamin02.blogspot.my

Nama gelaran: Serikandi Anti-Jepun

Siapa yang tidak mengenali nama Chin Peng yang merupakan Bapa Komunis Malaya dalam sejarah Malaysia bukan? Merupakan rakan baik, Suriani Abdullah atau nama asalnya Eng Ming Ching dilahirkan di Setiawan, Perak pada tahun 1924, pergi ke sekolah yang sama dengan Chin Peng.

Pada tahun 1940, Suriani dengan rasminya menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan menumpukan kepada kebajikan golongan buruh dan wanita.

Bukan itu sahaja, beliau dianggap sebagai pejuang wanita yang pertama dapat gelaran “Serikandi Anti-Jepun” kerana perjuangannya menentang Jepun pada 1941-1945 dan kemudiannya pihak British pada 1948-1957. Malah, beliau juga pernah ditangkap dan diseksa oleh pihak Jepun pada usia 21 tahun!

Jangan terkejut, kerana rupa parasnya, Suriani dipanggil sebagai “simbol seks” oleh kebanyakan musuh politik waktu itu.

2.Shamsiah Fakeh

tokoh kemerdekaan wanita

Imej dari blog sifuzaidi

Nama gelaran: Ratu Rimba Malaya

Dengar nama sudah semestinya gerun bukan? Shamsiah Fakeh (1924-2008) selalu digambarkan sebagai penjahat kerana digelar Melayu Komunis. Lahir di Negeri Sembilan, beliau mula-mula masuk sekolah pondok dan kemudiannya dihantar ke Sumatera untuk belajar agama.

Selain itu, beliau turut memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS), iaitu sayap wanita bagi PKMM. Hasilnya, pada tahun 1948, British mengharamkan parti-parti berhaluan kiri termasuklah PKMM, AWAS, API, GERAM dan banyak lagi.

3.Aishah Ghani

tokoh kemerdekaan wanita

Wikipedia

Nama gelaran: Senator Wanita Pertama Malaysia

Buat anda yang meminati sejarah dan politik, pasti mengenali nama insan Aishah Gani. Penglibatan Aishah Gani (1923-103) dalam bidang politik memang mengagumkan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan untuk Parti Komunis Melayu Malaya (PKM) dan kemudian mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) namun setahun lepas itu, beliau menyertai parti politik iaitu UMNO.

Selain dari menulis untuk Berita Harian dan kumpulan New Strait Times, Aishah juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO, dan pada 1963 menjadi senator wanita Malaysia yang pertama!

Bahkan, beliau merupakan wakil wanita yang pertama ke perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

4.Khatijah Side

tokoh kemerdekaan wanita

wanitaumno.my

Nama gelaran: Pejuang Kesateria Bangsa

“Bangun melur bangun melati,
Kembang bunga petang dan pagi,
Biar lebur biar mati,
Namun tak mahu dijajah lagi.”

Rangkap puitis di atas merupakan hasil pidato dari khatijah Sidek di dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1953, beliau menjadi pemimpin wanita UMNO pertama yang menyuarakan hak wanita secara terbuka dengan menuntut supaya jumlah perwakilan dari ahli wanita ditambah.

Sejurus selepas itu, kepimpinan Khatijah menyebabkan hampir 10,000 wanita menyertai UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan khususnya dalam kalangan wanita. Hebat!

5.Tun Fatimah Hashim

tokoh kemerdekaan wanita

Imej dari Siddesh Joshi.

Nama gelaran: Wanita pertama dapat gelaran Tan Sri

Benarlah kata orang bahawa minat suami isteri ini boleh ‘berjangkit’. Fatimah Hashim mula menceburi bidang politik selepas berkahwin dengan suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusof yang merupakan ahli UMNO.

Pada peringkat awal, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor dan Penolong Setiausaha pergerakan wanita dari 1951 hingga 1953. Kejayaannya dalam memegang kedua jawatan itu telah menjadikan beliau wanita pertama yang menjadi Ketua Perhubungan UMNO!

Sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama yang memegang jawatan Menteri Kebajikan Am, memperjuangkan perlindungan dan pemberian nafkah kepada wanita, pencen untuk wanita, mewujudkan jawatan pegawai kebajikan wanita di Mahkamah Syariah dan mengisytiharkan Hari Wanita sebagai cuti umum.

*Ternyata bila dibaca semula mengenai sejarah menuntut Kemerdekaan, semuanya begitu hebat bukan? Mungkin sejarah mengenai tokoh kemerdekaan dari kalangan wanita perlu diperluaskan ke generasi sekarang dan tidak dianggap hanya kaum lelaki sahaja yang memonopoli pada zaman dahulu..

Baca juga: Ini Budaya ‘Nuchi’ Orang Korea Amalkan, Patutlah Layanan Selalu Baik & Sweet Macam Dalam KDrama

Sumber: Soscili.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×