Inspirasi

Jadi Kebanggaan, Watak Animasi Boboiboy ‘Yaya’ Dipilih Jadi Ikon Tourism Di Jepun!

1
SHARES

Menjadi perbualan ramai baru-baru ini adalah tayangan filem animasi Malaysia bertajuk, Mechamato yang bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak, malah orang dewasa. Mendapat kutipan melebihi RM18 juta selepas 11 hari tayangan pawagam, filem animasi ini menjadi pilihan filem animasi setanding filem animasi Hollywood!

Selain itu, kartun animasi Boboiboy yang mempunyai kaitan dengan filem animasi tersebut mempunyai satu watak bernama Yaya yang dipilih menjadi ikon toursim di Jepun!

Baca juga: Kenapa Kartun ‘Fast Paced’ Macam Cocomelon Tak Sesuai Untuk Anak? Rupanya Boleh Ketagih!

YAYA DIPILIH MENJADI IKON TOURISM DI JEPUN

Dalam kehangatan Mechamato Movie, MONSTA tampil dengan musim ke-2 Fly With Yaya yang mempromosikan wilayah Tohoku, Jepun. Kali ini Yaya ada kawan baharu; Tomoko-chan.

Yaya sebelum ini dipilih pihak Tohoku Inbound Association dan Yamagata Broadcasting Company pada 2019 untuk mempromosikan Halal & Muslim-friendly tourism di wilayah Tohoku. Wilayah ini tidak seperti di Tokyo yang lebih kepada aktiviti bandar. Wilayah Tohoku lebih kepada aktiviti countryside dan mempunyai pemandangan gunung-ganang dan tasik yang memukau.

Fly With Yaya merupakah CGI Travel Show yang menggunakan teknik CGI bersama live footage. FWY pernah dinominasi bawah Licensing International Exellence Award 2020.

Fly With Yaya ‘Omotenashi’ boleh juga ditonton di Astro Prima dan MONSTA Youtube Channel.

Sumber: Nizam Abdul Razak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×