Famili

Penutupan 22 Jalan Sempena Hari Kebangsaan Ke-66 Di Putrajaya, Lihat Senarainya!

6
SHARES
penutupan jalan Hari Merdeka

Info penting buat rakyat Malaysia yang bakal meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 pada 31 Ogos 2023 (Khamis) ini di Dataran Putrajaya. Di mana, terdapat 22 penutupan jalan Hari Merdeka yang bakal dilakukan bagi memastikan kelancaran trafik.

Baca juga: JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia!

PENUTUPAN JALAN HARI MERDEKA

penutupan jalan Hari Merdeka

Gambar: Merdeka360

Melalui laman Merdeka360, sebanyak 22 jalan bakal ditutup pada hari tersebut yang bermula pada 5 pagi sehingga jam 11 pagi secara berperingkat. Berikut adalah senarainya:

  • Persiaran Perdana ke Laman Perdana
  • Lebuh Saujana ke Simpang Empat Kastam (Persiaran Perdana)
  • Lebuh Saujana ke Persiaran Perdana
  • Lebuh Bestari ke Persiaran Perdana
  • Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abd Razak dan Jalan Permodenan
  • Jalan Kemerdekaan ke arah Persiaran Perdana
  • Jalan Tun Abd Razak ke Lebuh Wawasan
  • Jalan Tuanku Abd Rahman ke Lebuh Wawasan
  • Jalan P3F ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2K ke Persiaran Perdana
  • Jalan P3C ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2S ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2W ke Persiaran Perdana
  • Jalan P2P ke Persiaran Perdana
  • Lebuh Setia ke Persiaran Perdana
  • Dari Jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bulatan Putra
  • Lebuh Setia ke Persiaran Perdana
  • Jalan Perpaduan ke Lingkaran Gemilang 1
  • Jalan Tun Hussein ke Lebuh Bestari
  • Persimpangan Lebuh Saujana/Persiaran Perdana
  • Lebuh Sentosa ke Persiaran Perdana
  • Lebuh Wadi Ehsan ke Persiaran Perdana

Baca juga: Tak Lengkap Hari Merdeka Kalau Tak Pergi Lagi Senarai Tempat Bersejarah Di Bawah Ini!

Orang ramai gigalakkan menggunakan pengangkutan awam

penutupan jalan Hari Merdeka

Gambar: Harian Metro

Sementara itu, memetik laporan akhbar Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tempat letak kenderaan adalah terhad. Pengunjung digalakkan menggunakan bas henti-henti yang disediakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Kompleks E dan Putrajaya Sentral untuk ke lokasi acara sambutan.

“Bagi kenderaan e-hailing, mereka boleh menurunkan penumpang di sekitar kawasan Masjid Besi, Kiblat Walk dan Jalan Tun Hussein (belakang Istana Kehakiman).

“Pengangkutan percuma juga disediakan oleh Perbadanan Putrajaya di Terminal Putrajaya Sentral dan PICC.

“Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam bas, Express Rail Link (ERL) serta Mass Rapid Transit (MRT),” katanya.

Nota penulis: Orang awam dinasihati agar memeriksa jalan yang bakal dilalui bagi melancarkan laluan perjalanan anda, selain mengelakkan diri dari lambat tiba ke Dataran Putrajaya nanti. Kalau nak tahu senarai perarakan dan aktiviti menarik yang bakal berlangsung, jangan lupa lihat infonya di laman Merdeka360.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66!

Baca juga: DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!

Sumber: Merdeka360 / Harian Metro

FT Image: Mohd Adzlan – MalaysiaGazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×