Inspirasi

[VIDEO] Budak Perempuan Lincah Bersilat, Netizen Komen ‘Mat Kilau Boleh Cari Job Lain’

125
SHARES

Mempelajari seni mempertahankan diri merupakan perkara yang sebaik-baiknya dituntut. Bukan sahaja dapat mempertahankan diri, malah ia juga dapat melatih diri supaya menjadi lebih disiplin dalam sesuatu perkara. Memang sangat sesuai jika ada mak ayah yang ingin mendedahkan anak-anak dalam aktivit sebegini dan dihantar ke kelas profesional.

Mungkin ramai yang memilih untuk ke kelas taekwando dan terlupa dengan seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat. Bukan mudah, mempelajari silat juga dapat membantu anak-anak dalam membina jati diri sebagai seorang Muslim.

Baca juga: Arum Nazlus, Atlet Cilik ‘Srikandi’ Panahan Berkuda Indonesia Pukau Netizen!

[VIDEO] AKSI LINCAH KANAK-KANAK PEREMPUAN BERSILAT

Terbaharu, viral di laman media sosial Tiktok memaparkan sekumpulan orang dewasa bersama kanak-kanak yang sedang aktif bersilat. Apa yang menariknya kumpulan silat dari Yayasan Khairiah, Baling, Kedah ini adalah satu paparan video seorang kanak-kanak dalam linkungan umur 4-5 tahun kelihatan sangat lincah bersilat!

@aidilzakariaaa.co

Reply to @adhawantdied Semua dibantai bosskur😎.#fypシ

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Mempamerkan aksi silat bunga tanjung, kanak-kanak perempuan tersebut mendapat perhatian ramai kerana kelihatan sangat yakin apabila berlawan dengan orang yang lebih dewasa darinya. Memang hebat!

@aidilzakariaaa.co

kau akan terkenal suatu hari nanti dik😘.#fypシ

♬ ชอบเธออะ – 🎵PtrpStudio🎵

Video yang mendapat tontonan melebihi 3.7 juta ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Ramai yang sangat kagum dengan teknik dan semangat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak tersebut walaupun masih kecil! Power tu!

@aidilzakariaaa.co

Reply to @pelakonhandalan Last-last habis modal dah🤣 #fypシ

♬ Silat – Original – Kumpulan Muzik

“POWER! 15 KALI ULANG VIDEO..”

Sudah pasti apabila ada video sebegini, ramai dalam kalangan warganet yang terpukau dengan aksi lincah kanak-kanak tersebut dan memuji tindakan mak ayah yang menghantar anak-anak ke kelas seni mempertahankan diri seperti ini.

Sumber: Tiktok @aidilzakariaaa.co

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×