Inspirasi

Arum Nazlus, Atlet Cilik ‘Srikandi’ Panahan Berkuda Indonesia Pukau Netizen!

292
SHARES

Mendidik anak-anak bukan sahaja tertumpu kepada sistem pembelajaran sahaja malah ibu bapa perlulah mendedahkan anak-anak dengan soft skills yang lain bukan? Dalam pada anak-anak kita zaman sekarang tengah ‘ketagih’ dengan penggunaan gajet, warganet ‘dipukau’ dengan kehadiran seorang atlet cilik dari Indonesia yang mahir dalam suka panahan berkuda.

Sekali pandang memang seperti seorang srikandi muslimah dan memang hebat! Boleh juga hantar anak untuk berkemahiran dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini juga kan?

Baca juga: Pernah Viral, Si Cilik Mahir Bertutur 16 Bahasa Dari Pnom Penh Dirisik Jadi Selebriti Internet

ARUM NAZLUS, ATLET CILIK ‘SRIKANDI’ PANAHAN BERKUDA INDONESIA

Arum Nazlus Shobah yang baru berusia 13 tahun adalah atlet cilik Panahan Berkuda Indonesia. Dia merupakan atlet panahan berkuda dari Perkumpulan Panahan Berkuda Indonesia (KPBI). Panahan Berkuda atau biasanya disebut horseback archery, merupakan olahraga tradisional yang disebut sebagai ethnosport.

@arum_nazlus

Arum Nazlus Atlet Pemanah Berkuda yang sudah mengukir prestasi di kancah Internasional #horsebackarcheryindonesia #pemanahberkudawanita #berkuda

♬ Unstoppable – Sia

Mungkin nama Arum Nazlus Shobah terdengar asing di telinga di dalam negara kita, tetapi ternyata prestasinya sangat mengagumkan dan membanggakan di Indonesia. Untuk pertama kalinya Indonesia menjadi juara umum pada kejuaraan International Horseback Archery Championship 2021 yang digelar oleh Performance Horseback Archery Academy di Ankara, Turki.

JUARA KATEGORI DEWASA WALAUPUN HANYA USIA 13 TAHUN!

Salah satu atlet panahan berkuda yang mendapatkan mendaki di ajang tersebut adalah Arum Nazlus Shobah. Dia mewakili Indonesia dan menduduki peringkat pertama. Yang menakjubkan, Arum berjaya menjadi juara umum pada pertandingan tersebut dalam kategori umum dewasa! Hebat walaupun hanya berusia 13 tahun!

@arum_nazlus

Turnament ketiganya Arum Nazlus 13 tahun di Istanbul Kupasi 2021, Alhamdulilah sabet Juara Umum 🐎🐎🏹🏹 #panahanberkuda #memanahberkuda #archery

♬ suara asli – Arum_Nazlus – Arum_Nazlus

“MEREMANG TENGOK ORANG HEBAT!”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ‘dibanjiri’ dengan komen-komen yang positif dari warganet. Mana tidaknya, semuanya terpukau dengan kehebatan adik ini yang ternyata kelihatan seperti seorang srikandi muslimah sejati. Meremang dibuatnya!

Sumber: Tiktok @arum_nazlus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×