Inspirasi

Pernah Viral, Si Cilik Mahir Bertutur Dalam 16 Bahasa Dari Phnom Penh Dirisik Jadi Selebriti Internet

546
SHARES

Masihkah anda ingat akan seorang budak dari Phnom Penh bernama Salik, berumur 14 tahun? Dia pernah tular suatu ketika dulu di YouTube, dan menjadi satu berita sensasi dalam internet apabila mampu menuturkan pelbagai jenis bahasa untuk menjual barang kepada pelancong.

Video yang dimuatnaik oleh para pelancong tersebut memukau ramai pihak kerana kefasihannnya menutur lebih 16 bahasa dan dipelajari secara sendiri!

Thuch Salik, Si Cilik Penutur 16 Bahasa

Salik berjaya meneruskan pembelajarannya di sebuah sekolah menengah di China dua tahun lalu, satu-satunya orang Kemboja di Sekolah Bahasa Asing Hailiang di wilayah Zhejiang.

Pada bulan Januari, ketika Salik pulang ke rumah pada waktu rehat musim sejuk, keadaan menjadi sukar buat Salik apabila dia tidak dapat kembali ke China dan terpaksa tinggal di Kemboja akibat pandemik COVID-19.

PUJUK SALIK JADI SELEBRITI INTERNET

Bagaimanapun, sekolahnya dengan pantas mengatur kelas dalam talian agar dia dapat meneruskan proses pembelajaran.
Dalam masa yang sama, kemasyhuran dan ketekunannya menarik perhatian syarikat hiburan tempatan First Unite Network (Fun) Entertainment.

Mereka merancang untuk memujuk Salik menjadi ‘selebriti internet’, iaitu seorang figura media sosial. Dia mengikut beberapa pelajaran tarian, dalam usaha syarikat tersebut memupuknya menjadi selebriti. Selain itu, Salik juga mengasah lagi beberapa kemahiran tambahan seperti komunikasi dan menyunting video.

Menurut Salik, dia masih lagi memfokuskan kepada pendidikannya, bukan populariti sebagai ‘sensasi internet’ semata-mata. Disebabkan Salik menyedari ada ramai penaja terhadap apa yang dimilikinya sekarang, dia perlu membalasnya dengan belajar bersungguh-sungguh selain keinginannya untuk membantu negara apabila sudah berjaya nanti.

Sumber: OMG Hackers, CNA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×