Tidak perlu menunggu sambutan besar-besaran untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara. Tindakan spontan seorang pemandu teksi yang berhenti dan mengutip Jalur Gemilang yang terjatuh di jalan raya pula buat ramai tersentuh.
KUTIP JALUR GEMILANG JATUH, TINDAKAN UNCLE TEKSI DIPUJI RAMAI

Tangkap layar video Threads @zulhusmihazizan
Menerusi perkongsian di Threads oleh @zulhusmihazizan, lelaki berkenaan pada awalnya dilihat memandu rapat sebelum membuka pintu kenderaannya.
Namun, tindakan itu rupa-rupanya bukan kerana mahu melakukan sesuatu yang pelik. Sebaliknya, dia berhenti untuk mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di atas jalan sebelum meneruskan perjalanan.
“Tak perlu pentas gemilang untuk jadi patriot. Bila Jalur Gemilang jatuh, dia berhenti dan kutip.
“Itu baru MERDEKA. Truly Malaysian. Major respect to this uncle!” tulisnya.

Tangkap layar video Threads @zulhusmihazizan
Tindakan kecil, makna besar
Walaupun nampak seperti perkara kecil, tindakan spontan pemandu teksi itu menerima pujian ramai yang melihatnya sebagai contoh semangat patriotik dalam kehidupan seharian.
Bagi sesetengah orang, Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain yang menghiasi jalan atau bangunan ketika bulan kemerdekaan, sebaliknya mempunyai nilai dan sejarah yang cukup besar.
Rata-rata warga maya turut meninggalkan komen memuji tindakan lelaki berkenaan.
“Respect uncle! Real Patriotik!” komen Lily.
“Yang tahu susahnya nak merdeka akan lebih dekat dihati pada kebebasan kemerdekaan dan perjuangannya. Tanah tumpahnya darahku,” tulis Akmal.
“Proud of you uncle,” kata Que.
Amran pula berpendapat kebaikan yang ada dalam hati seseorang akan terserlah melalui perbuatannya.
“Bila hati baik maka yang keluar dekat luaran pun baik. Semoga kita semua mempunyai hati yang baik-baik agar orang sekeliling dapat aura baik juga,” katanya.
Sementara itu, Syiha mengakui dirinya turut tersentuh apabila melihat Jalur Gemilang diperlakukan sedemikian.
“Terharu… saya pun tak boleh tengok ada Jalur Gemilang jatuh, senget atau uzur. Rasa macam dicarik-carik hati ini,” katanya.
Kisah ringkas itu sekali lagi mengingatkan bahawa semangat patriotik tidak semestinya perlu ditunjukkan dengan sesuatu yang besar.
Kadangkala, tindakan kecil seperti berhenti seketika dan mengangkat Jalur Gemilang yang jatuh sudah cukup untuk menunjukkan rasa hormat kepada negara.
Baca juga: Ramai Tak Mampu Bayar Rawatan, Doktor Ini Nekad Wujudkan Klinik RM39 Untuk Keluarga B40
Sumber: Threads @zulhusmihazizan
FT Image: Threads @zulhusmihazizan
