Euforia Bola 2026
Inspirasi

Segak & Elegan! Batik Inspirasi Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Curi Tumpuan Di Sukan Komanwel Glasgow 2026

sukan komanwel

Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 akhirnya membuka tirainya secara rasmi menerusi satu upacara pembukaan yang penuh warna-warni.

Selain persembahan yang menggabungkan budaya, muzik dan kreativiti, penampilan kontinjen Malaysia turut mencuri perhatian apabila tampil segak dan anggun mengenakan persalinan batik bercorak bunga raya berinspirasikan Jalur Gemilang.

Baca juga: Hasrat Zahid Hamidi Nak Malaysia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia Kena ‘Kondem’, Tapi Sebenarnya Ada Peluang Kalau..

SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2026 BUKA TIRAI, PENAMPILAN KONTINJEN NEGARA SUNGGUH MEMUKAU

sukan komanwel

Kontinjen Malaysia tampil menawan dengan batik inspirasi Jalur Gemilang

Seramai kira-kira 40 atlet negara menyertai perarakan masuk pada majlis pembukaan itu yang menghimpunkan lebih 3,000 atlet dari 74 negara dan wilayah Komanwel dalam suasana yang meraikan perpaduan menerusi sukan.

Perarakan masuk kontinjen Malaysia diketuai jaguh lompat jauh para negara dan juara Paralimpik dua kali, Datuk Abdul Latif Romly yang diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang.

Sementara itu, pemain boling padang nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji pula bertindak sebagai pembawa King Baton Malaysia.

Apa yang paling mencuri perhatian ialah persalinan batik yang digayakan atlet negara, menampilkan motif bunga raya dengan sentuhan inspirasi Jalur Gemilang sekali gus menyerlahkan identiti Malaysia di pentas antarabangsa.

Baca juga: Baru Dinobat Juara Piala Dunia 2026, Ini 5 Fakta Unik & ‘Wow’ Tentang Sepanyol Ramai Tak Pernah Tahu!

sukan komanwel

Gambar REUTERS (kiri): Raja Britain, Raja Charles III berucap ketika upacara pembukaan Sukan Komanwel 2026. Gambar BERNAMA (kanan): Raja Charles dan Permaisuri Camilla di upacara pembukaan Sukan Komanwel 2026.

Upacara pembukaan cipta sejarah

Upacara pembukaan kali ini turut mencipta sejarah apabila menjadi edisi pertama dalam sejarah Sukan Komanwel yang diadakan sepenuhnya di dalam sebuah arena tertutup.

Majlis penuh gilang-gemilang itu turut diserikan dengan kemunculan Raja Britain, Raja Charles III bersama Raja Permaisuri Camilla yang muncul melalui replika TARDIS daripada siri fiksyen sains terkenal Doctor Who.

Raja Charles III kemudian merasmikan temasya selepas membacakan mesej yang dibawa menerusi King Baton di hadapan atlet, pegawai dan ribuan penonton.

Persembahan pembukaan mengetengahkan sejarah perindustrian, budaya dan semangat komuniti Glasgow menerusi gabungan muzik, penceritaan serta persembahan seni melibatkan kira-kira 600 sukarelawan dan artis terkenal Scotland.

Baca juga: Usia 66 Tahun Bukan Halangan, Wanita Ini Tular Angkat Berat 107.5kg Buat Ramai Ternganga!

Malaysia buru lima pingat emas

Malaysia menghantar seramai 59 atlet, termasuk 22 atlet para, yang akan bersaing dalam lapan jenis sukan sepanjang temasya berlangsung. Turut mengiringi kontinjen negara ialah 45 pegawai.

Pada edisi kali ini, Malaysia meletakkan sasaran membawa pulang lima pingat emas, dua pingat perak dan empat pingat gangsa menerusi acara angkat berat, berbasikal trek, boling padang, judo, powerlifting para dan olahraga para.

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali kedua selepas edisi 2014. Temasya yang berlangsung sehingga 2 Ogos itu mempertandingkan 10 jenis sukan serta enam sukan para bersepadu di empat venue utama.

Sukan Komanwel Glasgow 2026

Sukan Komanwel Glasgow 2026

Sukan Komanwel Glasgow 2026

Sumber: Berita Harian

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×