Dekorasi interior dalam rumah memainkan peranan untuk menjadikan rumah nampak lebih berseri-seri. Inilah dimana penggunakan pokok hiasan mengambil peranan yang penting menjadikan ruang dalam rumah nampak lebih ‘hidup’. Namun, harga pokok hiasan di pasaran boleh dikategorikan mempunyai harga yang agak tinggi juga.
Jadi, salah satu solusinya adalah dengan DIY pokok hiasan viral dengan harga yang lebih murah!
DIY POKOK VIRAL
Okay, kali ni kita nak ajar cara buat pokok ala-ala viral ni, disebabkan pokok viral daun pisang tu agak mahal tak mampu milik, jadi sis ajar cara-cara buat menggunakan barang yang murah dan tak sampai RM 50 pun gaiss. Jom ikut step ni, inshaAllah senang je. Boleh share jugak. P/s : Yang mana rasa susah boleh je beli siap dah, RM 160 je.
Bahan :-
1. Pasu : Kaison Rm21.90
2.Daun : Eco Rm2.10 5 helai
3.Batu : Rm 2 (5 bungkus)
4.Sponge : Rm 2
5. Lidi sate 30 cm : Rm 2
6. Tape daun & masking tape
7. Kertas cycle
CARA-CARA UNTUK GUBAH POKOK
1. Amik dua lidi dan cantumkan dgn batang daun
2. Guna masking tape supaya dia kukuh
3. Baru balut dengan tape daun supaya nampak kemas
4. Sekiranya nak daun tinggi, cantum lagi dua batang lidi dan jangan lupa balut masking tape dlu ye!
5. Siap! Saya buat banyak-banyak baru nmpk cantik! Daun tu lenturkan ikut suka hati ya.
6. Masukkan sponge dalam pasu, then bahagian tepi masuk recycle paper supaya dia kukuh n tak gerak-gerak kalau budak main.
7. Done cucuk! Ikut selera kome la ye!
8. Akhir sekali masukkan batu sungai. Confirm tak gerak dah!
9. Tadaaaa! Siap cun tak? Selamat mencuba korang.
*Boleh cuba!
Sumber : Nur Syafiqin