Deko & Hias

Ini Tips Buat Baja Subur Tanaman Sawi, Hanya Guna Modal RM4 Sahaja & Gemuk Hasilnya!

10
SHARES
tips buat baja subur

Sekiranya hasil tanaman sawi anda masih tidak subur walaupun sudah cukup air, baja dan cahaya matahari, mungkin ada kekurangan pada bajanya. Sebagaimana perkongsian ilmu dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah mengenai tips buat baja subur tanaman.

Hasilnya, tanaman sawi sepupunya telah hidup subur dengan modal RM4 sahaja. Menarik bukan? Jom baca penerangannya di bawah.

Baca juga: Petua Elak Daun Pokok Cili Kerinting & Bergulung, Barulah Subur Dan Cantik Daunnya!

TIPS BUAT BAJA SUBUR TANAMAN

tips buat baja subur

Mudahnya Buat Baja Subur!

Tiga bulan lepas, sepupu ada tanya macam mana nak bagi pokok sawi dan kucai isterinya jadi subur. Pokoknya tak besar-besar dan “berit” je. Nak ambil buat masak pun tak sampai hati.

Senang sahaja. Pastikan air, baja dan cahaya cukup, balas saya. Air dan cahaya cukup, baja je kot yang tak berapa nak betul. Nak buat macam mana ye, sambung sepupu lagi dengan penuh harapan.

Tanam sawi dan kucai kan! Okey ini cara nak buat baja subur yang paling mudah dan murah. Gerenti boleh buat punya.

TIPS BUAT BAJA SUBUR TANAMAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg baja sebatian NPK 15:15:15 (harga RM4/kg).
  •  5 liter air bersih.
  • Bekas yang sesuai (kapasiti 10 liter). Saya guna tong cat je.

CARA-CARA:

  1. Masukkan 5 liter air bersih kedalam bekas.
  2. Masukkan baja NPK 15:15:15 (1 kg) ke dalam bekas yang ada air tadi.
  3. Kacau atau goncang campuran tersebut.
  4. Simpan ditempat redup selama 1 minggu. Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara terus.
  5. Dalam tempoh 1 minggu peraman, kacau @ goncang 2 – 3 kali campuran tersebut.
  6. Lepas seminggu, sedia untuk digunakan. Ianya dipanggil larutan stok

PENGGUNAAN

1. Setiap kali nak guna larutan stok tadi, pastikan kacau atau goncang terlebih dahulu.

2. Ambil 10 -15 ml larutan stok tadi dicampur dengan 1 liter air, kemudian siram pada pokok sekali seminggu. Nak pokok cantik, siram dua kali seminggu.

3. Bagi pokok sayur daun, kuantiti yang diperlukan lebih kurang 50 – 100 ml sepokok setiap kali siraman.

4. Bagi pokok sayur buah, kuantiti yang diperlukan antara 500 ml – 1 liter sepokok setiap kali siraman.

KESESUAIAN

tips buat baja subur

1. Sesuai digunakan untuk semua jenis sayur daun seperti sawi, kangkung, bayam, kucai, kubis dan flokoli.

2. Bagi sayur buah, peringkat yang sesuai adalah pada masa tumbesaran pokok hingga nak berbunga. Contoh sayur buah yang sesuai adalah:

  • lada solok
  • cili merah
  • cili api
  • terung
  • bendi
  • petola
  • timun
  • peria
  • kacang panjang

3. Boleh juga digunakan pada tanaman kontan dalam masa 3 minggu lepas tanam. Contoh tanaman kontan yang boleh digunakan adalah:

  • tembikai tanpa biji
  • tembikai kuning
  • tembikai wangi
  • labu manis
  • jagung

TIPS

1. Siram pada awal pagi.

2. Tak kisah brand atau jenama apa baja tu, yang penting nisbah NPK nya adalah sama.

3. Hanya sesuai bagi tanaman yang ditanam menggunakan tanah atau tanah campuran sahaja.

4. Baja ini sesuai untuk berkebun dapur sahaja. Jika secara komersil,kos buruh akan tinggi.

5. Jika tanam guna media selain tanah seperti cocopeat dan sekam padi bakar, wajib guna baja Larutan Cooper @ Baja AB.

KESIMPULAN

Alhamdulillah masa jumpa baru ni, beliau beritahu yang sayurnya dah hidup subur sangat. Bukan setakat tak habis makan, boleh sedekah pada rumah sebelah lagi. Siap dia pula yang ajar jirannya cara–cara buat baja subur tadi.

Dengan modal hanya RM4 je, kita boleh buat pokok kita hidup subur dan cantik bila buat dengan cara yang betul. Sungguh jimat!

Ajarkan juga ilmu ini pada yang lain ya, SEBAB mungkin masih ada yang tercari-cari solusi ini.

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×