Deko & Hias

Petua Elak Daun Pokok Cili Kerinting & Bergulung, Barulah Subur Dan Cantik Daunnya!

5
SHARES
cara penjagaan pokok cili

Pokok cili kalau tidak diserang dengan bena putih memang tidak sah. Sudahlah ada masalah dengan serangga perosak itu, kemudian daunnya pula kerinting dan bergulung tidak cantik tumbesarannya. Disebabkan itu, penulis bawakan petua cara penjagaan pokok cili bagi mengelakkan daun tanaman tersebut menjadi begitu.

Petua ini dikongsikan oleh Puan Dahlia Ayu Dahalan, yang pernah berasa kecewa setelah daun tanaman pokok cilinya mengalami masalah tersebut. Menurutnya, ini adalah petua dari jiran yang menggunakan kaedah ini di kampungnya di Indonesia. Malah, petua ini elok digunakan kepada jenis tanaman sayur-sayuran yang mempunyai buah.

Baca juga: Sembur Racun Air Tembakau Pada Putik Bunga Tanaman, Serangga Terus Ghaib. Terbaik!

ATASI DAUN CILI BERGULUNG & KERINTING DENGAN PETUA INI!

cara penjagaan pokok cili

Sebulan lepas, dua tiga pokok cili saya alami masalah daun kerinting. Bergulung-gulun daun macam buat perm dekat salon.

Sudahlah ini kali ketiga pokok cili naik elok membesar, dalam sejarah kehidupan saya yang dipenuhi kegagalan tanam pokok cili. Boleh pula timbul masalah ini bila pokok dah besar.

Saya ceritalah masalah ini dekat jiran. Dia bagi petua, jirus dengan air garam seminggu sekali. Katanya, dekat kampung dia di Indonesia, ini cara mereka gunakan atasi masalah daun kerinting pada cili ini.

CARA PENJAGAAN POKOK CILI DAUN KERINTING & BERGULUNG

BAHAN-BAHAN

Sukatan yang dia bagi:

  • Sebaldi air (sedang)
  • 3 sudu kecil KFC garam

CARA BANCUHAN AIR:

1. Sebaldi air campur dengan garam.

2. Kemudian, bancuh dan jiruskan pada daun pokok cili.

3. Jirus air garam ini seminggu sekali.

Saya ikut petua itu dan nampaknya berhasil. Daun kerinting tu dah jadi cantik balik macam buat rebonding. Dalam gambar ini paling cepat elok pokoknya. Tinggal sikit-sikit sahaja lagi kerintingnya tu.

cara penjagaan pokok cili

Kawan-kawan yang ada masalah yang sama, bolehlah cuba cara ini pula.

PS: Sahabat saya bagi tahu, mereka gunakan cara ini jika pokok-pokok sayuran jenis buah-buahan hadapi masalah daun bergulung.

Sumber: Facebook Dahlia Ayu Dahalan via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×