Deko & Hias

Buat 6 Teknik Asas Tanaman Dari Lelaki Ini & Lihatlah 3 Jenis Pokok Cilinya Sihat-Sihat Belaka!

2
SHARES
penjagaan pokok cili

Cili merupakan antara sayuran yang diperlukan dalam masakan. Bagi anda yang memiliki tanaman cili, pasti menghadapi pelbagai cabaran untuk memastikan ia tumbuh lebat. Penjagaan pokok cili pula memerlukan anda mengetahui teknik asas yang betul agar tanamannya menjadi.

Sebagaimana perkongsian ilmu teknik asas penjagaan pokok cili dari Mohd Amri ini. Pokok cili yang ditanamnya ada tiga jenis dan kesemuanya membesar dengan sihat dan banyak. Oleh itu, mari baca ilmu yang dikongsikan.

Baca juga: Cara Mudah Tanam TIMUN Dengan Betul, Ikut Tips A-Z Ini Baru Gemuk-Gemuk Hasilnya!

PENJAGAAN POKOK CILI

penjagaan pokok cili

Gambar: Mohd Amri

Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.

Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar.

Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.

Baca juga: Ini Proses Buat Cincau Hitam Dari Pokoknya, Lebih Asli & Sedap!

TEKNIK ASAS PENANAMAN POKOK CILI

Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.

penjagaan pokok cili

Gambar: Cili besar, cili solok dan cili padi akar – Mohd Amri

1. Buang tunas air

Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.

2. Kawalan serangga

Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.

3. Jenis baja

cara penjagaan pokok cili

Gambar: Peringkat awal (kiri) – Mohd Amri

Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman yang lalu, penggunaan baja organik lebih melembutkan tanah berbanding dengan menggunakan baja cecair.

Lama kelamaan, tanah menjadi lebih keras. Baja tu, pilihan masing-masing.

Baca juga: Tips Pulihkan Pokok Yang Layu Terlupa Siram, Jangan Panik! Selamatkan Dengan Teknik Ini

Baca juga: 2 Kaedah Kawal Lalat Buah Tanpa Guna Racun Serangga, Membesar Cantik Tiada ‘Gangguan’!

4. Buang rumput liar

Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.

5. Jarak antara pokok tidak terlalu dekat

cara penjagaan pokok cili

Gambar: Peringkat mula berbunga (kiri) dan cabang Y (kanan) – Mohd Amri

Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.

6. Medium tidak terlalu basah

Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium.

Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.

Itu sahaja laa teknik ringkasnya. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.

Baca juga: Cara Tanam Daun Pudina (Mint) Guna Keratan, Sisakan Pucuk 2 Helai Daun Baru Subur!

Sumber: Mohd Amri

FT Image: Mohd Amri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×