Euforia Bola 2026
Asuh

Pantau Anak 1 Tahun Tinggal Sendirian Menerusi CCTV Saat Bekerja, Kisah Bapa Tunggal Ini Undang Sebak

bapa tunggal

Seorang bapa tunggal mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang terpaksa meninggalkan anak kecilnya berumur setahun enam bulan bersendirian di rumah ketika keluar bekerja mencari rezeki.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, lelaki berkenaan dilihat sentiasa memantau keadaan anaknya menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bilik.

Baca juga: Kerajaan Lancar Inisiatif AI Untuk Rakyat, 100,000 Belia Bakal Terima Akses Percuma AI Bermula 31 Ogos

BAPA TUNGGAL PANTAU ANAK GUNA CCTV KETIKA KELUAR BEKERJA

bapa tunggal

Foto: Tiktok @ramapratama699

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memilih untuk membesarkan anak lelakinya seorang diri selepas bergelar bapa tunggal sejak tahun 2025. Dia juga mengambil keputusan untuk tidak terlalu membebankan ahli keluarga dan berusaha memenuhi keperluan anaknya dengan kudrat sendiri.

Apa yang menarik perhatian pengguna media sosial ialah sikap tenang anak kecil berkenaan ketika berada di rumah seorang diri. Dalam rakaman CCTV tersebut, kanak-kanak itu dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun masih belum mencapai usia dua tahun.

Perkongsian itu membuatkan ramai tersentuh melihat pengorbanan seorang bapa yang perlu membahagikan masa antara mencari nafkah dan memastikan keselamatan anaknya sentiasa terjaga.

Walaupun menggunakan CCTV sebagai pemantauan, tindakan meninggalkan anak kecil tanpa pengawasan secara langsung turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memahami keadaan sukar yang dilalui bapa tersebut, namun ada juga yang meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan.

Netizen tawar bantuan kepada bapa anak kecil

bapa tunggal

Foto: Tiktok @ramapratama699

Video tersebut kemudiannya tular dan mendapat perhatian ramai sehingga ada pengguna media sosial tampil menawarkan bantuan kepada bapa tunggal berkenaan.

Rata-rata netizen memuji usaha lelaki itu yang tetap berusaha membesarkan anaknya walaupun berdepan cabaran sebagai ibu bapa tunggal.

Antara komen yang dikongsikan pengguna TikTok,

Semoga dipermudahkan urusan ayah dan anak ini. Besar pengorbanan seorang ayah.”

“Anak kecil itu nampak tenang, semoga sentiasa dalam lindungan Allah.”

“Harap ada bantuan yang boleh meringankan beban ayah ini.

Kisah tersebut menjadi peringatan bahawa ramai ibu bapa tunggal berdepan cabaran besar dalam memastikan anak-anak mereka mendapat kehidupan yang terbaik, walaupun terpaksa melalui pelbagai kesukaran.

@ramapratama699🥹🥹🥹♬ suara asli – kata kata lirik – Cemilin12

Baca juga: Cikgu Simpati Ingat Murid Tak Mampu Beli Pensil, Rupanya Trend Gen Alpha Memang Suka Pensil ‘Kontot’

Sumber: Tiktok @ramapratama699

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×