Deko & Hias

3 Cara Mudah Hilangkan Habuk Di Celahan Tingkap, Rumah Lebih Bersih!

5
SHARES
habuk di celahan tingkap

Ruang sempit seperti di celah bingkai tingkap, pastinya menyukarkan proses pembersihan habuk yang sedang dikerjakan. Lebih memenatkan apabila jurang sempit tersebut sukar dicapai untuk menghilangkan habuk. Oleh itu, terdapat 3 cara mudah untuk menghilangkan habuk di celahan tingkap agar tugas membersihkan rumah jadi lebih cepat selesai.

Baca juga: 5+ Jenis Karpet Popular Di Malaysia, Ciri-Cirinya Tak Mudah Terlipat & Rosak!

HABUK DI CELAHAN TINGKAP

habuk di celahan tingkap

Gambar: freepik

1. Putik kapas (cotton bud)

Celah-celah yang sempit seperti sudut tingkap kadang-kadang sukar dijangkau. Walau bagaimanapun, kotoran dan habuk sering mendap di kawasan itu.

Jadi, untuk membersihkannya, gunakan putik kapas sahaja. Dengan saiz dan fungsinya yang kecil untuk membersihkan jurang sempit, putik kapas adalah pilihan yang tepat.

Baca juga: Punca Tingkap Kereta Berat Rupanya Tak Jaga Getahnya, Itu Yang Rosak ‘Power Window’!

2. Pengering rambut (hair dryer)

habuk di celahan tingkap

Gambar: MStar

Sekiranya anda tidak mempunyai penyedut hampagas (vacum), gantikan ia dengan pengering rambut untuk menyedut habuk di celahan tingkap rumah. Caranya seperti berikut:

  1. Letak pelitup muka pada bahagian belakang pengering rambut.
  2. Potong bahagian atas botol untuk dijadikan corong penyedut habuk.
  3. Hidupkan pengering rambut dan sedut bahagian celah-celah tingkap atau sliding door yang sukar dicapai.

Teknik ini dipercayai dapat membersihkan habuk pada tahap maksima, selain menjimatkan wang daripada membeli penyedut hampagas.

Baca juga: Tips Putihkan Baju Sekolah Lama Guna Sabun ‘Buku’ Ini, Clorox & Nila Boleh Simpan Tepi!

3. Span cuci pinggan

tips bersihkan celahan tingkap

Gambar: MStar

Span merupakan benda yang paling menjimatkan kos dan mudah didapati untuk membersihkan habuk di celahan tingkap. Selain itu, teksturnya yang fleksibel memudahkan ia berubah kecil mengikut saiz di ruang celahan sempit.

Berikut merupakan cara membersihkan habuk di celahan tingkap menggunakan span:

  1. Tekap permukaan span pada besi yang perlu dicuci.
  2. Tanda bahagian span yang menghalang dari memasuki celah-celah besi.
  3. Belah bahagian span menggunakan gunting atau pisau.
  4. Basahkan span dan boleh mencuci habuk seperti biasa.

Baca juga: MINYAK KUIN Cara Orang Dulu Cat & Rawat Dinding Kayu Rumah Kampung, Lambat Reputnya!

Sumber: MStar / hipwee

FT Image: airtasker

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×