Suami Isteri

Nak Bisik Ayat Cinta Buat Pasangan Tapi Mulut Berbau, Ambil 5 Makanan Ini Untuk Segarkan Nafas

18
SHARES
mulut berbau

Buat pasangan suami isteri, sebelum melakukan hubungan kelamin sudah semestinya akan berlaku dahulu fasa bermesra atau dikenali sebagai foreplay. Ini merupakan cara untuk menaikkan ghairah pasangan namun aktiviti bermanja tersebut terhenti kerana mulut berbau tidak enak.

Sudah semestinya anda akan serta merta rasa malu bukan? Jadi, untuk cubaan bermesra dengan pasangan buat kali kedua, pastikan anda ambil 5 jenis makanan ini untuk mengelakkan nafas mulut berbau busuk. Barulah aktiviti bersama pasangan tidak terganggu!

Baca juga: 14 Emoji Makanan Ini Selit Unsur Seksi, Hantar Yang No. 13 Itu Pada Suami, Mengancam Jiwa!

BARU NAK BERMANJA DENGAN PASANGAN TAPI MULUT BERBAU? MAKAN 5 BENDA INI

1.Yogurt

mulut berbau

Bukan sahaja bagus untuk sistem penghadaman, ramai yang baru tahu bahawa yogurt boleh menjadi antara makanan yang dapat menghilangkan bau nafas sebelum anda melakukan hubungan seks. Hal ini kerana, kandungan probiotik yang ada dalam yogurt dikatakan dapat membunuh bakteria.

2.Epal

mulut berbau

Memang dikenali sebagai salah satu jenis buah yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan, ternyata epal juga tidak ketinggalan memberi manfaat dari segi seksual. Khasiat yang ada di dalam buah epal dikenali sebagai polifenol mampu menjaga kesihatan jantung dan cegah kanser.Bukan itu sahaja, tekstur buah epal juga dapat merangsang produksi air liur yang boleh mengelakkan mulut berbau.

3.Teh Hijau

Selain mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, teh hijau juga mempunyai manfaat untuk menghilangkan bau mulut. Menurut kajian yang dilakukan, teh hijau mempunyai kandungan epigallocathechin-3-gallate (EGCG) yang mampu menghambat pertumbuhan bakteria penyebab bau mulut.

4.Air kosong

Ini merupakan cara yang paling mudah untuk mengurangkan masalah mulut berbau iaitu dengan minum air kosong dengan secukupnya. Hal ini kerana, disebabkan pengeluaran air liur berkurangan yang menyebabkan nafas mulut anda berbau dan sebab itulah anda kena minum air kosong dengan banyak. Bahkan, dengan air kosong anda boleh membersihkan sisa makanan di dalam mulut.

5.Buah yang ada Vitamin C

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan Vitamin C adalah sangat bermanfaat untuk mengurangkan bau mulut. Memiliki antioksidan yang tinggi bukan sahaja dapat mencegah pelbagai jenis penyakit berjangkit malah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk mengelak anda terkena radang gusi. Antara jenis buah yang boleh diambil adalah nanas, oren, strawberi dan mangga.

*Bukan sahaja sebelum bermesra, malah setiap hari pun anda boleh amalkan ambil makanan ini supaya bau mulut pun kurang!

Baca juga: Isteri Minta Cerai Sebab Suami Tak Mandi Berhari-Hari, Tak Suka Gosok Gigi…Busuk!

Sumber: AsianParent Indonesia

Feature image: CNN Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×