Suami Isteri

Hukum Isteri Keluar Bekerja Suami Yang Jaga Anak Di Rumah, Adakah Hilang Keberkatan?

6
SHARES
nafkah isteri

Di dalam zaman serba moden ini, bukan sahaja suami yang memegang tanggungjawab untuk mencari pendapatan buat keluarga malah si isteri juga turut membantu. Disebabkan ramai dalam kalangan isteri yang memilih untuk bekerja dan suami memilih untuk berhenti kerja lalu menjaga anak, ramai yang tertanya apakah nafkah isteri yang boleh diberi?

Dikatakan bahawa jika rezeki rumah tersebut dicari oleh isteri, kurang keberkatan kerana tanggungjawab asal terletak pada para suami. Betul atau tidak? Ini jawapan dari Mufti.

Baca juga: Yang Salah Tetap Salah… Ini Hukum Suami Bagi ‘Green Light’ Isteri Buka Tudung Di Salun

APA NAFKAH ISTERI KALAU SUAMI JAGA ANAK TAPI ISTERI BEKERJA?

nafkah isteri

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya seorang isteri yang bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Saya seorang penjawat awam dan mempunyai pekerjaan yang stabil berbanding suami. Apabila kami mempunyai anak, kami telah membuat pilihan atas persetujuan bersama supaya hanya saya yang bekerja dan suami menguruskan anak-anak.

Baru-baru ini, saya ada mendengar ceramah menyatakan rumahtangga yang isterinya mencari nafkah, tidak akan cukup dan sering kekurangan. Ini kerana hilang keberkatan pada rezeki.

Soalan saya, adakah perlu saya berhenti kerja dan hanya suami yang bekerja? Adakah apa yang saya buat ini, usaha saya ini hanya sia-sia dan tidak mendapat redha Allah? Dalam situasi dan umur sekarang, diakui agak sukar untuk suami mencari pekerjaan. Mohon pandangan dan nasihat ustaz. Terima kasih.

Berdasarkan soalan yang ditanya ini, Mufti pun terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut. Nampaknya, bukan ini sahaja satu-satunya soalan yang terima kerana rupanya ramai dalam kalangan isteri yang berada dalam situasi ini.

Pada hari ini, menjadi satu kelaziman apabila suami dan isteri saling bekerja bagi menyara kehidupan mereka bersama, terutamanya mereka yang mempunyai anak, maka sudah tentu banyak komitmen yang perlu dilunaskan seperti kelengkapan rumah, keperluan diri, hutang, bil air/elektrik, sewa rumah dan seumpamanya.

Daripada Aisyah R.Anha, katanya:

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الفَجْرَ، فَيَشْهَدُ مَعَهُ نِسَاءٌ مِنَ المُؤْمِنَاتِ مُتَلَفِّعَاتٍ فِي مُرُوطِهِنَّ، ثُمَّ يَرْجِعْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ مَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ.

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang perempuan mukminah juga turut solat Subuh bersama Nabi SAW. Mereka solat dengan berselimutkan kain-kain mereka. Kemudian setelah solat, mereka pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan tiada sesiapa pun mengenali mereka.”- Riwayat al-Bukhari (372)

Ada beberapa pendapat dari ulama seperti Sayyid Qutb menyebut suruhan supaya kaum wanita tetap berada di dalam rumah tidak bererti mereka tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali. Ayat yang dimaksudkan adalah tempat sebenar bagi mereka adalah di rumah, manakala selain daripada tu adalah suatu bentuk pengecualian yang diberikan apabila ada keperluan dengan kadar-kadar tertentu.

ADA GARIS PANDUAN..

nafkah isteri

Berbalik kepada persoalan di atas, pihak Mufti menyatakan harus dan dibolehkan untuk wanita keluar berkerja berdasarkan garis panduan dan dhawabit berikut:

-Niat ikhlas bekerja kerana Allah SWT

-Mendapat keizinan bapa atau suami

-Tidak mengabaikan tanggungjawab rumah tangga, suami dan anak-anak sekiranya telah berkahwin

-Tidak menimbulkan sebarang fitnah ketika keluar bekerja dan ketika pulang

-Tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas.

Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk saudari bekerja dengan syarat menepati garis panduan di atas. Dalam pada itu, si suami juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kerana ia kewajipan ke atas seorang suami.

Namun, dinasihatkan juga agar si suami cubalah mencari kerja yang sesuai dengan kemampuannya agar peranannya sebagai suami dapat dijalankan dengan lebih baik. Adapun berkenaan rezeki, rezeki itu sendiri datangnya dari Allah sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”- Surah Hud (6)

*Semoga para isteri dan suami semua dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki dan menjaga anak-anak. Aaamin..

Baca juga: Amal 5 Doa Indah Ini Iring Suami Setiap Kali Ke Tempat Kerja, InsyaAllah Selamat Sampai..

Sumber: Maktabah al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×