Suami Isteri

Yang Salah Tetap Salah… Ini Hukum Suami Bagi ‘Green Light’ Isteri Buka Tudung Di Salun

41
SHARES
aurat wanita

Menjaga aurat wanita dalam Islam adalah penting untuk memastikan maruah wanita tersebut terpelihara. Ini juga termasuk kepada proses pemilihan tempat memotong rambut atau salun yang dipandang ringan dengan menganggap jika lelaki bukan Muslim menjadi ‘tukang’ potong rambut, tidak mengapa.

Ada satu luahan di laman Facebook dari seorang individu yang berkunjung ke salun rambut apabila dia terkejut mendengar keizinan dari seorang suami ke isteri untuk membuka tudung sebelum memotong rambut.

Baca juga: Amal 5 Doa Indah Ini Iring Suami Setiap Kali Ke Tempat Kerja, InsyaAllah Selamat Sampai..

AURAT WANITA TAK BERUBAH WALAUPUN DIIZINKAN SUAMI

aurat wanita

Situasi membuatkan dirinya tertanya-tanya, di mana letakkan ‘halal’ hukum ini kerana pada asasnya, ini adalah haram.

Setelah hampir empat bulan tak potong rambut maka aku pun seperti biasa mengunjungi salun rambut kegemaran aku untuk pendekkan rambut supaya lebih kemas.

Sambil-sambil rambut dipotong, aku pun macam biasa bersembang dengan si tukang gunting rambut dan juga towkey salun yang memang dah familiar dengan aku setelah hampir 5 tahun menjadi pelanggan setia di situ. Kebetulan waktu itu aku seorang sahaja pelanggan yang ada, jadi rancaklah bersembangnya. Kalau tak seputar isu semasa, sembang pula pasal hobi dan motosikal.

Nak-nak pula tuan salun tersebut yang berusia lewat 40-an memang meminati motor besar seperti Harley Davidson dan Indian. Kena geng orang Kedah kata. Geng laki ni mau kata bukak cerita pasal hobi ni, sembang 3 hari 3 malam tak habis. Tiba-tiba masuklah satu pasangan suami isteri muda,nampak gaya macam awal 30-an anggaran aku.

“Abang, saya minta izin bukak tudung ye untuk potong rambut”, wanita tersebut meminta keizinan suaminya untuk membuka aurat bagi memotong rambut.

Suaminya kemudian menganggukkan kepala diikuti dengan sang isteri yang terus mencabut tudung yang dipakai sambal melabuhkan punggung atas kerusi di salun tersebut.

Adeh, tepuk dahi melihat adegan tersebut. Sejak bila pulak boleh minta keizinan suami untuk buka tudung? Yang suami pun satu hal jugak relaks ja angguk kepala bagi keizinan. Awat, hang ingat bukak tudung lepas minta izin suami teruih jadi halal buka aurat?

Oh ya, lupa nak habaq, salun yang aku pergi ni memang semua tukang gunting rambut (a.k.a hairstylist) dia lelaki dan ni salon non-muslim ya, so memang customer dia unisex. Satgi orang pelik kata aku pi gunting rambut kat salun perempuan pulak, naiya.

Saja teringat nak menulis pasal peristiwa ni sebab ada ternampak lalu di news feed pasal artis minta keiizinan suami seorang pelakon untuk melakonkan babak yang bakal mengundang kecaman netizen. Kita hidup dalam zaman yang sangat mencabar dimana seolah-olah nak buat perkara mungkar setel lepas dapat izin.

SALAH TETAP SALAH…

aurat wanita

Menurut Ustaz Fauwaz Fadzil menerusi Utusan Malaysia, hukum meredai isteri membuka tudung kepala tanpa menasihati adalah salah kerana suami reda dengan maksiat dan membiarkan isteri melanggar suruhan Allah SWT.

Menjadi kewajipan ke atas suami untuk mendidik isterinya. Kalau isterinya tidak mentaati dan masih tidak mendengar nasihat suaminya untuk menutup aurat, maka isterinya yang menanggung dosa tidak menutup aurat itu.

*Laa hawla wala quwwata illa billah. Semoga dosa kita semua diampunkan.

Baca juga: Hukum Muat Naik Video Isteri Bersalin, Di Manakah Sifat Malu Itu?

Sumber: Utusan Malaysia, Asmi Syabil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×