Pernahkah anda mengalami faraj kering? Kekeringan faraj adalah masalah yang sering dikeluhkan oleh sesetengah wanita. Keadaan ini selalunya tidak disedari sehingga mereka melakukan hubungan seks dan berasa tidak selesa. Jadi, mari kenali punca faraj kering seperti yang dikeluarkan Klik Dokter.
Baca juga: Tak Selesa Nak Kencing Bila Ulser Muncul Di Faraj, Ini Punca & Cara Atasi!
PUNCA FARAJ KERING

Gambar: cookie_studio
1. Menopaus
Kekeringan faraj adalah keluhan biasa yang berlaku dalam fasa menopaus. Hampir satu daripada tiga wanita mengalami masalah ini semasa menopaus, dan ia menjadi lebih kerap selepas itu.
Fasa ini juga menjadikan faraj lebih nipis dan kurang anjal, yang dipanggil atrofi faraj. Semua ini disebabkan oleh penurunan kadar estrogen yang drastik.
2. Selepas bersalin dan menyusu badan
Penyebab lain punca faraj kering adalah bersalin dan menyusu. Sememangnya faraj akan mengalami perubahan selepas bersalin termasuklah kekeringan faraj.
Selepas bersalin, tahap estrogen dalam badan berkurangan, terutamanya jika anda juga sedang menyusu. Walau bagaimanapun, apabila tempoh penyusuan berakhir dan datang haid semula, paras estrogen akan meningkat semula dan pengeluaran pelincir faraj akan kembali normal.
3. Ubat tertentu
Jika anda mengambil ubat yang mengandungi antihistamin, seperti ubat alahan atau selesema, kesan sampingan ubat tersebut ialah penurunan kesan pengeluaran lendir dalam faraj sebagai pelincir. Hal ini boleh menyebabkan faraj kering.
Sesetengah antidepresan juga boleh menyebabkan kesan sampingan kepada seks dalam bentuk vagina kering, penurunan libido dan kesukaran mencapai orgasme. Ini juga berlaku untuk terapi radiasi dan kemoterapi kanser.
Menghentikan terapi atau pengubatan secara automatik akan mengembalikan pengeluaran pelincir faraj anda kepada normal.
4. Keinginan seks yang rendah
Walaupun sudah melakukan foreplay, faraj mungkin masih kering. Dalam sesetengah kes, kekeringan faraj boleh disebabkan oleh masalah libido atau masalah seksual dengan pasangan.
Mempunyai masalah libido akan menyebabkan faraj tidak dapat bertindak balas untuk menghasilkan pelincir.
Baca juga: Elak Leher Tergeliat, Ini 5 Tips Pilih Isi Bantal Yang Betul & Sihat Ikut Posisi Tidur!

Gambar: freepik
5. Penurunan mood
Anda mungkin pernah mengalami kemerosotan mood semasa bercinta. Keadaan ini, termasuk apabila berasa tertekan, faraj akan terasa kering.
Bukan sahaja kering, libido juga tidak akan meningkat kerana faktor psikologi sangat mempengaruhi.
6. Kerengsaan
Sesetengah wanita mempunyai alahan terhadap bahan kimia seperti sabun, produk kebersihan, pewarna dan minyak wangi. Jadi, berhati-hati semasa menggunakan produk pencuci wanita atau sabun mandi.
Selain itu, perhatikan juga objek mainan seks yang diletakkan di dalam faraj. Kadang-kadang, daripada meningkatkan libido, objek ini sebenarnya boleh merengsakan dan mengurangkan pengeluaran pelincir dalam faraj.
7. Gangguan autoimun
Penyakit autoimun yang tertentu boleh menyebabkan kekeringan faraj seperti sindrom Sjogren. Gangguan autoimun ini menyerang sel-sel badan yang menghasilkan faktor kelembapan, termasuk faraj.
8. Merokok
Wanita yang merokok, mengalami menopaus lebih awal daripada mereka yang tidak merokok. Oleh itu, kekeringan faraj juga mungkin berlaku lebih awal dalam kumpulan perokok ini.
Baca juga: Alamak Risau! Kondom Tersekat Dalam Faraj, Bertenang Ikut Cara Ini
Sumber: Klik Dokter
FT Image: freepik