Sihat

Alamak Risau! Kondom Tersekat Dalam Faraj, Bertenang Ikut Cara Ini

3
SHARES
kondom tersekat dalam faraj

Melakukan hubungan seks adalah sangat menyeronokkan, tetapi juga boleh menyebabkan beberapa tekanan utama. Salah satu tekanan itu ialah apabila kondom tersekat dalam faraj.

Ya, perkara tidak begitu menyeronokkan. Ia tidak berlaku begitu kerap, tetapi jika ia terjadi, anda harus tahu apa yang perlu dilakukan jika kondom tersekat di dalam faraj. Berikut adalah tujuh perkara yang perlu anda buat.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Rasa Ngilu Gigi Berlubang, Semua Guna Bahan Mudah & Semula Jadi

KONDOM TERSEKAT DALAM FARAJ

kondom tersekat dalam faraj

Gambar: freepik

1. Jangan panik

Menurut Cosmopolitan, jika kondom tersangkut dalam tubuh, ia mungkin berada di antara saluran faraj dan serviks. Jadi tarik nafas panjang kerana kondom itu tidak akan hilang ke mana.

2. Gunakan jari

Basuh tangan supaya jari-jemari anda berada dalam keadaan bersih. Jangan lupa, kuku juga perlu pendek. Sekiranya anda dapat merasakannya dan yakin, mungkin boleh cuba untuk mencapai kondom dengan jari anda.

3. Minta bantuan pasangan

Tidak perlu segan untuk minta pertolongan dari pasangan anda kerana luar dan dalam dia sudah menerokai anda. Pasanganmu pasti akan membantu!

4. Lakukan posisi skuad

Jika anda tidak dapat mengeluarkan getah kondom dalam keadaan baring, Kosmopolitan mengesyorkan mencangkung untuk mendapatkan semula kondom yang tersekat.

Baca juga: Awas! Orang Muda Pun Boleh Jadi ‘Mangsa’ Kencing Manis Kalau Ada 6 Simptom Awal Ini

5. Letak satu kaki di atas kerusi

Dalam keadaan berdiri, letak satu kaki di atas kerusi dan sebelah kaki lagi di atas lantai untuk cuba mengeluarkan kondom.

6. Lawati pakar sakit puan (Gynecologist)

Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, sebaiknya pergi berjumpa pakar sakit puan untuk mengeluarkan kondom. Percayalah, anda bukan orang pertama yang pernah mengalami keadaan begitu.

7. Cari punca ia berlaku

Kemungkinan sewaktu bersama, anda dan pasangan tidak menggunakan kondom dengan betul sehingga terjadinya ia tersekat dalam faraj.

Baca juga: Faraj Kering & Haid Tak Teratur Antara 13 Tanda Menopaus, Wanita Kena Take Note Ini!

Sumber: Romper

FT Image: benzoix / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×