Sihat

Awas! Orang Muda Pun Boleh Jadi ‘Mangsa’ Kencing Manis Kalau Ada 6 Simptom Awal Ini

9
SHARES
simptom kencing manis

Gejala diabetes sebenarnya bergantung pada kadar kandungan gula dalam darah. Berdasarkan Hello Doktor, terdapat beberapa simptom kencing manis peringkat awal yang wajar untuk diawasi.

Justeru itu, mari lihat simptom-simptom kencing manis peringkat awal seperti di bawah.

Baca juga: Faraj Kering & Haid Tak Teratur Antara 13 Tanda Menopaus, Wanita Kena Take Note Ini!

SIMPTOM KENCING MANIS PERINGKAT AWAL

simptom kencing manis

Gambar: jcomp

Kandungan gula dalam darah boleh menjadi tinggi tanpa menunjukkan sebarang simptom ketara. Walaupun kadar peningkatan gula dalam darah tidak terlalu tinggi, ia masih boleh merosakkan sistem saraf, buah pinggang serta retina.

Semakin tinggi glukosa juga akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk jika anda tidak segera mendapatkan rawatan. Jadi, anda perlu lebih cepat dalam mengesan tanda-tanda kencing manis.

Berikut merupakan simptom kencing manis yang perlu anda waspada:

1. Perubahan warna kulit

Perubahan warna kulit merupakan antara simptom kencing manis awal. Perubahan ini amat jelas kerana kulit penderita akan berubah warna agak kehitaman terutamanya pada bahagian leher dan ketiak.

Ia bukan lah daki yang melekat pada kulit. Sebenarnya, ini merupakan keadaan yang disebabkan oleh rintangan insulin dan dinamakan sebagai acanthosis nigricans.

2. Penglihatan kabur

Kandungan glukosa yang tinggi akan mengganggu lensa di dalam mata, sekali gus merosakkan penglihatan anda.

Baca juga: Kalau Sekarang Perangai Toksik, Ubah Diri Jadi Lebih Baik Dengan 8 Tips Berkesan Ini!

3. Kerap rasa letih dan penat

simptom kencing manis

Gambar: senivpetro

Rasa letih dan penat merupakan perkara biasa. Namun kadang-kadang keletihan dan kepenatan yang melampau mungkin mempunyai kaitan yang rapat dengan diabetes.

Keadaan ini juga mungkin menyebabkan penderita diabetes mengalami dehidrasi yang berpunca daripada kencing yang telalu kerap. Seterusnya akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang serta gangguan waktu tidur.

4. Kerap buang air kecil

Terlalu kerap mengunjungi tandas untuk membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, adalah tanda kandungan gula dalam darah adalah terlalu tinggi.

5. Semakin kerap dijangkiti infeksi urin

Kandungan gula dalam darah yang semakin tinggi, akan menyebabkan buah pinggang tak dapat berfungsi dengan betul. Sekali gus mengakibatkan glukosa wujud di dalam urin.

Gula yang berada dalam persekitaran yang lembap pula akan menyebabkan infeksi pada saluran urin, terutamanya pada golongan wanita.

6. Berat badan turun dengan ketara

Sekiranya anda mengalami kencing manis, tubuh badan tidak dapat menggunakan glukosa dengan efektif sebagai tenaga. Disebabkan itu, tubuh anda akan mula membakar lemak yang tersimpan, lalu menyebabkan penurunan berat badan yang ketara.

Baca juga: Panduan Jelas Bacaan Darah Tinggi Ikut Umur (Kanak-Kanak & Dewasa), Baru Faham!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×