Bagi menyambut ketibaan bulan mulia dalam kalendar Islam iaitu bulan Ramadan, terdapat beberapa checklist untuk anda lakukan sebagai langkah persediaan. Bukan sahaja persediaan dari segi ibadah dan selit doa Ramadan, anda juga digalakkan untuk bersiap dari segi kesihatan dan kebersihan rumah.
Kalau pening nak mulakan dari mana, berikut merupakan antara checklist yang anda boleh buat sempena menyambut bulan Ramadan beberapa hari sahaja lagi. Semoga berjaya!
Baca juga: Hukum Wanita Laungkan Azan Sebelum Tunai Solat Jemaah, Perlu Atau Tidak?
CHECKLIST SEBELUM PUASA, SELIT DOA RAMADAN INI JUGA
1.Perbaiki niat
Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah dan boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk menghadapi Ramadan ini hanya kerana Allah.
2.Berdoa
Doanya adalah seperti “Ya Allah, selamatkanlah (sampaikanlah) diriku hingga ke bulan Ramadan, terimalah (pahala) Ramadan untukku dan perkenankanlah amalanku di bulan Ramadan”
3.Perbaiki Tahajud dan banyakkan zikir
Mula habiskan malam bersama Allah SWT dan anda akan rasakan bertapa manisnya bulan Ramadan.
4.Membaca Al-Quran
Mengagungkannya dengan membaca serta berusaha untuk khatamkan Al-Quran tersebut.
5.Sedekah dan beri makan
Banyakkan amalan bersedekah seperti Nabi, bersedekah pada bulan Ramadan menunjukkan bahawa bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri.
6.Hias rumah
Bukan sempena Aidilfitri sahaja, malah kedatangan Ramadan ini boleh disambut dengan proses menghias rumah supaya kelihatan lebih kemas. Sediakan satu ruang khas atau mihrab untuk beribadah.
Jadi, sempena Ramadan kali ini, boleh amalkan doa seperti di bawah ini ya:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.]
Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).
*Selamat berpuasa semua!
Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!
Sumber: Ahliya Malek, JAWI
Foto: FoodDiversityToday