Susu ibu atau susu badan sudah semestinya diketahui ramai bahawa ia merupakan susu yang terbaik untuk anak-anak. Mempunyai khasiat yang cukup dan lengkap untuk perkembangan anak-anak adalah antara kelebihannya. Tetapi, tidak semua ibu dapat memberikan susu badan kepada anak mungkin di atas faktor-faktor tertentu seperti masalah kesihatan yang tidak stabil.
Oleh itu, jom kita baca sedikit perkongsian yang menarik dari Dr. Hairin Anisa Tajuddin di laman Facebooknya mengenai pengalaman beliau sendiri menyaksikan keajaiban susu ibu yang ramai orang masih tidak tahu. Anda mungkin akan teruja apabila mengetahui kehebatan susu ibu apabila membaca perkongsian ini!
KEAJAIBAN SUSU IBU

http://www.solusisehatku.com/
Assalam & good morning semua. Hari ni saya nak cerita ttg kebaikan penyusuan ibu yg jarang sekali masyarakat tahu.
Last week saya buat assessment kpd medical student utk neonatal examination. Kebetulan baby yg saya suruh student saya check tu sangat floppy…no respond. Saya dapati ibunya ada GDM (gestational diabetes mellitus – Diabetes mellitus yg berlaku semasa mengandung), dan ini adalah anaknya yg ke 7.
Apabila saya tanya, sudah disusukan ke belum…spt yg biasa saya dengar jawapannya ialah belum ada susu keluar…agak kecewa sbb ibu ni sudah ada 6 orang anak sblm ni masih belum tahu susunya telah dihasilkan sejak 16 minggu kehamilan lagi & susu colostrum adalah yg terbaik. Actually baby ni baru 1 jam dihantar semula kpd ibu sbb sejurus lepas lahir, baby separated from mother for glucose monitoring in neonatal ward.

http://health.usnews.com/
Bila lihat keadaan bayi mcm tu…saya minta pertolongan nurse yg ada di situ utk check blood glucose level (BG) baby. And as expected baby punya BG cuma 1.6 mmol/L. Then, immediately saya minta nurse utk panggil doctor / ward sister. Alhamdulillah, wlpn saya cuma datang utk teaching, bukan berkhidmat di situ, nurse & sister sangat baik, mereka dengar juga cadangan saya. Kebetulan no doctors around, so ward sister tu terus memaksa bayi itu menyusu ibu & ibunya yg pada awalnya kata tak ada susu ikut saja arahan.
Sister telah menemankan ibunya menyusukan bayi & saya pun suruh ibu perah breastnya sambil menyusukan utk bantu keluarkan kolostrum for baby to suck. Saya perah breastnya, mmg ada kolostrum pekat. Alhamdulillah after 1 hour, feeding yg lama…BG baby increase to 2.5. Next day saya datang lagi ward tersebut & lihat bayi sudah aktif semula, beri respond & menangis dgn kuat. Ibunya kata, malam smlm baby asyik menyusu aje…NO TOP UP with FM.
Inilah keajaiban penyusuan ibu yg saya beritahu kpd student saya bhw penyusuan susu ibu akan calm down baby & kurangkan metabolisme (energy / glucose utilisation), dan ini akan kurangkan risiko kurang gula dlm darah bayi. Susu ibu juga senang hadam / cerna maka lebih cepat daoat sumber glucose berbanding susu FM yg lambat pencernaannya.

www.healthable.org
So, kpd semua medical professional, health staff, please believe in your heart that there is no better milk than breast milk…jangan simply2 nak top up FM. Klu ada IV line, terus masukkan IV dextrose kpd baby while mother need to continue on breastfeeding. FM bukan penyelesaian kpd masalah kekurangan gula.
Nota : ibu yg ada GDM used to supply high blood glucose kpd fetus, & insulin dirembeskan oleh bayi menjadi sangat tinggi. After delivered, baby punya insulin masih tinggi tapi bekalan gula drpd ibu terhenti sbb tiada lagi connection dgn darah ibu. So, insulin yg tinggi ni akan bertindak kpd sisa baki gula yg ada dlm darah bayi, akhirnya level gula menjadi rendah. As long as BG above 2.6 mmol/L, risiko rendah utk kecacatan otak yg kekal. Kurang gula dlm darah bayi amat bahaya kpd otak bayi & boleh menyebabkan kecacatan.
Saya bersyukur kpd Allah swt utk mendorongkan hati saya utk ambil baby tersebut utk di periksa oleh student saya. Allah swt Maha mengetahui.
Sekian…Wassalam
Sumber Facebook : Hairin Anisa Tajuddin