Apabila melihat si kecil sudah pandai mengunyah, pastinya ibu bapa akan merasa teruja dengan perubahan itu. Mulalah, pelbagai jenis makanan hendak diberikan. Namun, perlu diingat perubahan tekstur makanan bayi perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur, bukan secara drastik.
Hal ini kerana, tekstur makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah. Secara tidak langsung, dapat membantu kemahiran bercakap bayi. Jom tambah ilmu berkenaan tekstur makanan bayi mengikut umur untuk membantu perkembangan kemahiran bercakap si kecil.
Baca juga: Nak Anak Faham Mak Ayah Je, Perasaan Anak Siapa Nak Jaga? Mereka Pun Perlu ‘We Time’..
UBAH TEKSTUR MAKANAN SI KECIL SECARA BERPERINGKAT

Gambar hiasan: VerywellFamily.
Kenapa kena tukar tekstur makanan bayi?
Kenapa kena tukar tekstur? Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill bayi adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
PENYEDIAAN TEKSTUR MAKANAN BAYI MENGIKUT UMUR:
1. 6-7 BULAN: PURI, CAIR, KISAR HALUS
Bayi belajar merasa makanan dan telan. Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada bayi 6 bulan.
Transition dari susu ke makanan pelengkap. Jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup.
Tujuan: memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.
2. 7-8 BULAN: LENYEK, KISAR KASAR
Bayi perlu kuatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut.
Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini bayi banyak kutip benda dan letak dalam mulut sebab macam tu bayi ‘rasa’. Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan.
Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap saja bila bayi antara 7-8bulan. Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
3. 8-10 BULAN: CINCANG KASAR

Gambar hiasan.
Tujuan: Kuatkan lidah bayi untuk meng’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan.
Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah. Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar bayi dapat cabaran untuk mengunyah ketika makan.
Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan. Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan.
4. 10 -12 BULAN: POTONGAN KECIL / KIUB LEMBUT
Tujuan: Menguatkan lidah dan fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut.
Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi bayi) tak lama lagi. Kuantiti 5 – 7 sudu besar. Memberi keseronokan waktu makan kepada bayi, sambil makan sambil bereksperimen.
5. 12 BULAN KE ATAS

Gambar hiasan: Google.com
Sama seperti makanan dewasa. Anak dah advanced, siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri.
Jika beri lain dari menu, bayi boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita. Sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun.
Ubahlah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Apa-apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku.
Kredit to Dietitian Fizah Sobri
Sumber: Facebook Lily Khayla via Resepi Makanan Bayi / Dietitian Fizah Sobri