Asuh

Ibu Kongsi ‘Finger Food’ Saranan Doktor, Boleh Bantu Naikkan Berat Badan Si Kecil

59
SHARES

Para ibu yang baru mempunyai bayi harus mengetahui apa itu ‘Finger food’ yang merupakan makanan mudah digigit, dikunyah, dan dipegang sendiri oleh bayi. Melalui laman Alo Dokter, kebiasaannya bayi berusia di antara 8 hingga 9 bulan sudah bersedia untuk makan sendiri.

Menurut perkongsian seorang ibu iaitu Puan Nadiah Yahya di bawah, finger food yang berasaskan kentang dapat membantu menaikkan berat badan si kecil seperti disarankan oleh doktor di Klinik Kesihatan kepadanya. Jom cuba resepi finger food kentang di bawah!

Baca juga: Rupanya Ada Rahsia Nak Bagi Anak Mudah Mengantuk, Doktor Saran Guna Bahan Ini

‘FINGER FOOD’ BERASASKAN KENTANG BANTU NAIKKAN BERAT BADAN SI KECIL

Anak susah nak naik berat?

Cuba bagi kentang sebagai finger food. Saranan ni dari Doktor KK sebab masa check up berat anak saya dah nak masuk line kuning. Sekarang syukur dah naik.

Saya share resipi potato smiley yang simple.

RESEPI POTATO SMILE MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji kentang saiz sederhana.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar cream cheese. Saya pakai brand SCS.
  •  Sedikit mixed herb/italian herb (optional).

CARA PENYEDIAAN:

1. Steamkan 2 biji kentang size sederhana. Potong kecil-kecil steamkan selama 20 minit.

Saya guna baby food processor isauchi terus empuk lembut. Kalau gajet lain pastikan kentang betul-betul empuk.

2. Gaul semua, uli sampai boleh bentukkan atau tak melekat dekat tangan. Kalau melekat tambah tepung gandum lagi.

3. Then bentukkan smiley tu guna sudu dan straw.

4. Last sekali goreng.

Adunan atas ni saya dapat 1 bekas tu. Lebih frozenkan nanti boleh goreng lagi.

Taraaa.. Anak makan dalam sungai. Lepas makan dia berendam sungai. Nak berat anak naik kena rajin masak kena rajin suap anak makan. Ini doctor yang cakap hahaha.

Gambar hiasan: FirstCryParenting

“BETUL…KENTANG MEMANG BOLEH NAIKKAN BERAT ANAK…”

Manakala di ruangan komen, perkongsian ini telah mendapat reaksi yang positif dalam kalangan netizen. Malah, terdapat pengikut yang bersetuju bahawa bahan makanan seperti kentang sememangnya sangat membantu dalam menaikkan berat badan si kecil.

Puan Nadia juga menjelaskan dia hanya menyimpan finger food maksimum selama sebulan dan kebiasaannya dibuat dalam kuantiti yang sedikit hanya cukup untuk selama seminggu saja.

Sumber: Facebook Nadiah Yahya via Resepi Makanan Bayi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×