Asuh

“Pak Mamat Ada Kebun~” Selain Belajar, Kenalah Bermain & Bernyanyi Baru Pertuturan Anak Tambah Maju!

10
SHARES
cara ajar anak bercakap

Kanak-kanak yang sedang membesar harus melalui proses yang betul untuk mahir dalam pertuturan. Disebabkan itu, terdapat pelbagai cara ajar anak bercakap yang digunakan ibu bapa untuk membantu perkembangan anak mereka dalam kemahiran ini.

Melalui perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Puan Aishah Kassim, kanak-kanak lebih mudah mengingati dan belajar sekiranya menggunakan kaedah bermain. Sudah menjadi lumrah kanak-kanak, sifatnya yang suka bermain. Jadi, ibu bapa harus pandai mengambil kesempatan di atas minat mereka ini, sambil menyelitkan elemen pembelajaran yang seronok dan menarik.

Baca juga: Risau Si Kecil Dah Masuk 18 Bulan Masih Tak Boleh Berjalan? Doktor Jelaskan Punca-Puncanya

CARA AJAR ANAK BERCAKAP DARI PAKAR

cara ajar anak bercakap

8 TIPS STIMULASI BAHASA UNTUK KANAK-KANAK

Di bawah merupakan 8 tips stimulasi bahasa untuk kanak-kanak yang dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim, di mana sambil bermain boleh belajar bertutur juga. Semoga bermanfaat!

1. GUNAKAN KATA KERJA UNTUK DIIKUTI

Sebagai contoh: duduk, lompat, jalan, berhenti, makan.

2. NYANYI LAGU YANG TERDAPAT KATA KERJA ATAU KATA NAMA

Lagu yang biasa digunakan: “If you’re happy and you know it”, “Pak Mamat Ada Kebun” dan lain-lain lagi.

3. BERMAIN SOROK-SOROK MENGGUNAKAN BARANG

Biar anak anda nampak objek tersebut dan nyorokkan dengan dia melihat.

Sebagai contoh, tunjukkan epal, sebut “epal” dan nyorokkan di belakang kerusi dengan dia melihat. Kemudian bertanya, “mana epal?”

Teruskan permainan dengan menyorokkan epal tersebut tanpa dia melihat, tetapi sedikit terkeluar supaya dia tahu di mana untuk mencarinya.

4. MEMBUAT BUKU SKRAP

Konsepnya seperti flashcard, ibu bapa boleh jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bersama. Tunjukkan anak gambar sesuatu objek, ulang beberapa kali kepadanya sehingga dia boleh menyebut dan tampalkannya di dalam buku skrap.

Di kala masa lapang, ibu bapa boleh menggunakan buku skrap ini untuk refresh dan menguatkan ingatan anak-anak terhadap objek tersebut.

5. LATIH ANAK IKUT ARAHAN 2 BAHAGIAN

Sebagai contoh: “ambil botol, letak sini”, “kayuh basikal, parking sini”, dan lain-lain lagi.

6. LATIH ANAK MENGGUNAKAN PERKATAAN APABILA DIA MAHUKAN SESUATU

cara ajar anak bercakap

Sebagai contoh sekiranya anak anda mahu biskut, tetapi dia hanya sebut “nak” dan tunjuk ke arah biskut, anda boleh ambil biskut itu dan pegang. Sebut “biskut” sehingga dia ulang, dan baru berikan biskut kepadanya.

7. PANJANGKAN PERKATAAN

Sekiranya anak anda meminta biskut dengan berkata “biskut”, anda boleh panjangkan lagi menjadi “biskut coklat”. Dengan mendengar perkataan lebih panjang akan membantu mereka untuk menggunakan perkataan tersebut di masa hadapan.

8. AJAR BAHAGIAN BADAN & KEPUNYAAN

Boleh gunakan ayat seperti “hidung mama”, “mulut adik”, “kaki ayah”, dan lain-lain lagi.

Kemudian, boleh bertanya dengan menunjukkan ke arah anggota badan tersebut; “kaki adik ke ni?”, “kaki mama mana?”, atau “mama nak makan kaki adik!” sambil cuba menggigit kaki mereka.

Kesimpulannya, anak-anak lebih mudah mengingati dan belajar jika kita menggunakan kaedah kondusif buat mereka iaitu bermain. Anak-anak lumrahnya untuk bermain dan kita boleh menjadikan semua permainan kepada sesi pembelajaran yang seronok dan menarik bagi mereka.

Biarkan mereka bermain dan selamat mencuba!

Sumber: Facebook Aisyah Kassim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×