Asuh

Rupanya Ini Senaman Terbaik Untuk Bayi, Capai Stimulasi Sensori & Otot Pun Kuat!

16
SHARES
senaman terbaik untuk bayi

Wahai ibu bapa tahukah anda, apa senaman terbaik untuk bayi? Kalau nak tahu rupanya senaman ini merupakan pergerakan yang biasa dilakukan oleh bayi, malah digalakkan oleh ibu bapa juga.

Senaman ini juga memberikan banyak keistimewaan kepada bayi seperti diungkapkan oleh Puan Wawa Shauqi di dalam videonya. Jadi, jom baca di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

Baca juga: Panduan Potong 7+ Buah-Buahan ‘Favourite’ Anak Kecil, Elak Tercekik!

SENAMAN TERBAIK UNTUK BAYI

senaman terbaik untuk bayi

Apakah senaman terbaik untuk bayi? Sit up, push up atau yoga?

Kalau nak tahu, senaman terbaik untuk bayi adalah tummy time. Menurut Puan Wawa Shauqi, pada peringkat awal tummy time bayi mungkin akan berasa tidak selesa dan itu merupakan perkara biasa.

Bayi kena teruskan senaman ini dengan beberapa saat dahulu. Tambah tempoh bila si kecil kelihatan semakin bersedia.

KEISTIMEWAAN TUMMY TIME

  1. Tekanan lembut pada perut, memudahkan gas keluar. Baru lega dapat lepas kentut dan sendawa.
  2. Bantu menguatkan otot leher, lengan dan bahu. Bila dah kuat, lagi cepat bayi mencapai ke perkembangan seterusnya seperti duduk, berjalan dan merangkak.
  3. Berpeluang dapat stimulasi sensori secara menyeluruh seperti deria sentuhan, deria keseimbangan dan deria sendi.

Oleh itu, jom jadikan tummy time aktiviti menarik untuk bayi! Ia boleh dilakukan:

  • di atas bola gym
  • sambil bacakan buku
  • puppet show
  • letak bayi atas badan ibu bapa

Justeru itu, kurangkan walker dan rocker tetapi lebihkan tummy time untuk bayi anda.

Baca juga: Demam Anak Cecah 39 Celcius Ibu Bapa Jangan Panik, Lakukan Cara Ini!

Sumber: Tiktok Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×