Asuh

Jangan Biar Anak Jalan Berjengket Lama-Lama, Pakar Kata Perkembangan Boleh ‘Delay’!

2
SHARES
anak jalan menjengket kaki

Pernahkah anda terfikir, melihat anak jalan menjengket kaki pada satu tahap yang sangat lama sebenarnya boleh menjadi masalah sensori pada si kecil.  Di mana, ia boleh menyebabkan anak mengalami kelambatan pada perkembangan dirinya atau istilah ‘delay’.

Melalui perkongsian ilmu dari Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, terdapat lima kemungkinan anak berjalan menjengket kaki. Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu tindakan segera yang boleh diambil sekiranya tingkah-laku ini tiada perubahannya.

Baca juga: Terkejut Dengar Anak Kecil Mencarut & Cakap Kesat, 6 Tips Ini Ibu Bapa Perlu Buat!

ANAK JALAN MENJENGKET KAKI

anak jalan menjengket kaki

Gambar: bristekjegor

5 KEMUNGKINAN ANAK SELALU BERJALAN MENJENGKET

“Anak saya selalu jalan menjengket kaki”

Puan Mahfuzah Zainol mengesyorkan ibu bapa untuk menyemak perkara-perkara ini terlebih dahulu sebagai langkah pertama apabila melihat anak jalan menjengket kaki.

Langkah pertama ibu bapa boleh buat ialah semak perkara-perkara ini:

1. Adakah mereka menjengket setiap kali ketika berjalan?

“Berjalan je mesti nak jengket”

2. Ada kekejangan otot kaki.

“Nampak macam sakit je bila jalan”

3. Adakah anak anda berjalan dengan gaya pelik atau awkward.

“Lain macam je cara dia jalan kan, abang?”

4. Adakah tapak kaki dia tak ada lekuk.

Di tapak kaki kita ada arch yang membantu untuk keseimbangan badan. Boleh check kaki masing-masing.

5. Adakah dia jalan jengket sebab habit atau sengaja buat macam tu.

“Suka nak buat-buat jalan jengket la Zara ni”

Baca juga: Baca Doa Pendinding Elak Gangguan Jin, Kadang Ini Punca Bayi Menangis Malam

BEBERAPA SEBAB KANAK-KANAK JALAN MENJENGKET

Menurut Puan Mahfuzah Zainol, sebenarnya ada beberapa sebab kanak-kanak jalan menjengket. Mari analisis sikit.

  • Tanda masalah fizikal seperti motor skills disorder

Atau shortening of muscles around ankle due to early exposure to walker when babies. Disebabkan itu di Kanada, walker dilarang diguna untuk bayi.

  • Tanda berkemungkinan ada masalah kelewatan perkembangan bahasa (speech delay)

Ada kajian dalam skala kecil (small study) menunjukkan perkaitan antara tip toe walking dengan perkembangan bahasa. Ini ada kaitan juga dengan sensory development (perkembangan sensori) seperti movement, balance and coordination.

Baca juga: Panduan Mudah Cuci Kemaluan Bayi Lelaki, Juga Tips Penjagaan Lepas Sunat Baby

PERANAN IBU BAPA BILA SEDAR ANAK JALAN MENJENGKET

anak jalan menjengket kaki

Gambar: freepik

“Apa yang ibu bapa lakukan jika menyedari anak anda jalan menjengket?”

1. Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada physioterapist dan occupational therapist (ortho setting)

2. Jika ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak. Available online. Free.

Jika benar lewat daripada umur yang sepatutnya, berjumpalah terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention. Dan jika ada tanda-tanda sensory processing problem, rujuk terapis carakerja berhampiran untuk assessment dan intervention.

3. Jika anak anda berjalan berjengket sebab suka-suka dan habit. Percayalah, tingkah laku ini akan faded over time. Insha Allah. Ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk belajar keseimbangan badan.

Tips penting!

Bawa anak anda keluar untuk aktiviti sensori bersama alam:

  • Tanggalkan kasut.
  • Pijak rumput
  • Berjalan atas pasir
  • Masuk dalam air
  • Lompat atas lumpur

Biar mereka berpijak di bumi yang nyata. Perkongsian yang sedikit dari saya.

Baca juga: Banyak Manfaat Jika Bayi Tidur Tanpa Bantal, Terutama Elak Risiko SIDS!

Sumber: Mahfuzah Zainol

FT Image: surestep

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×