DIY & Kraf

Biar Betul Ada 100 Bahan Kimia Dikeluarkan Daripada Semburan Air Freshener?

5
SHARES

Bau wangian ni siapa saja yang tak suka. Hidung mesti nak bau benda yang sedap kan? Bahkan, selalu saja penyegar udara digunakan letak dalam kereta atau gantung di dinding rumah untuk bau harum semerbak.

Namun, anda perasan tak apabila selalu sangat kita bau penyegar udara ni kadang-kala kita berasa sakit kepala atau sesak nafas. Kenapa ya? Mungkin anda akan tahu apabila baca hasil perkongsian daripada Dr. Rizal Abu Bakar di bawah.

Baca juga: Resepi Minyak Bawang Putih, Bukan Je Sedap Tapi Banyak Khasiat!

BIAR BETUL ADA 100 BAHAN KIMIA DIKELUARKAN DARIPADA SEMBURAN AIR FRESHENER?

Dua tiga menjak ini asyik masuk pejabat orang. Bila masuk boleh nampak air freshener di tempek di dinding.

Sekejap bunyi psstt. Awal-awal dulu terkejut juga bila dengar macam ni. Lepas tu bau wangi. Mujur siang.

Masuk kereta pun sama. Banyak orang letak air fresher. Ada lekat tak tempat aircond. Ada main sangkut-sangkut.

Sebelum ini saya selalu sewa kereta bila turun KL. Dalam kereta sewa dah diletak siap air freshener gantung.

Masuk saja sesak nafas jadinya. Biasanya saya akan buka tingkap semua dan air freshener tu letak kat dalam bonet.

Next time bila nak sewa saya sebut tak perlu letak air freshener. Tauke akur. Tak letak dah.

ADA APA DENGAN AIR FRESHENER?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dengan air freshener? Ada apa?

Jawapannya ada dalam laporan di The Journal of Toxicological Sciences and Atmospheric Environment.

Kajian dapati air fresheners keluarkan lebih dari 100 bahan kimia berbeza. Jadi bila kita sedut wangian dari air freshener kita bawa masuk bahan kimia ini dalam tubuh.

Antara bahan favourite yang ada dalam air freshener ialah sodium borate. Bahan ini selalu diguna dalam racun serangga dan racun rumput.

SEBAIKNYA GUNA BAHAN NATURAL!

Kalau nak wangikan kenderaan boleh guna bahan natural macam pandan.

1. BUAT IKATAN SIMPUL PADA DAUN PANDAN

  • Ambil 5-6 helai daun pandan dan buat ikatan simpul.
  • Letakkan di bonet.
  • Bau dari pandan juga akan hilangkan lipas kecil dalam kereta.

2. ALA BUNGA RAMPAI PUN MENARIK

  • Boleh juga buat ala bunga rampai macam kenduri dulu-dulu.
  • Letak dalam kain dan ikat ala-ala sup bonjot.
  • Gantung dengan cermin pandang belakang.

3. BUNGA-BUNGA KERING ATAU ESSENTIAL OIL

  • Kalau di ofis bagus lagi guna bunga-bunga kering.
  • Kalau ada bajet boleh cuba essential oil yang original.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar, NeuroVersiti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×