Dapur

Resepi Bebola Nasi & Kentang Berlemak, Boleh Tambah Selera Anak

20
SHARES

Tidak mudah sebenarnya menjalankan tugas seorang ibu dalam menyediakan juadah makanan untuk si anak kerana biasanya mereka memilih dan hanya makan apa yang diminati sahaja.

Biasanya kanak-kanak tidak suka makan nasi dan lebih memilih makanan bergoreng sahaja. Jadi, jika ibu-ibu mengalami masalah anak tidak mahu makan nasi, apa kata cuba resepi bebola nasi dan kentang berlemak di bawah. Pasti dapat menambah selera anak.

Baca juga: Cara Buat Makanan Bayi Stok Tahan Sampai Seminggu, Jimat Masa & Mudah

RESEPI BEBOLA NASI & KENTANG BERLEMAK, BOLEH TAMBAH SELERA ANAK

Bebola nasi dan kentang. Anak saya suka sangat bebola ni. Mudah sahaja cara membuatnya. Jom cuba.

Bahan-bahan: 

  • 1 biji kentang rebus
  • 1 senduk nasi
  • Carrot
  • Sawi
  • Jagung
  • 2 sudu tepung jagung
  • Isi udang yang dicincang halus
  • Serbuk cendawan

Cara penyediaan:  

1. Campur semua sampai sebati, kemudian bulat-bulatkan.

2. Masuk dalam peti sekejap dan boleh goreng sampai kepeperangan. Kalau nak isi cheese dalam pun boleh, lagi sedap dan berlemak.

Selamat mencuba! Pasti selera makan anak makin bertambah.

Sumber: Facebook Yan Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×