Dapur

Cara Betul Simpan Kuetiau & Mi Kuning Dalam Peti Ais, Boleh Tahan Berminggu-Minggu

420
SHARES
CARA SIMPAN KUETIAU

Anda sedang mencari cara simpan kuetiau dan mi kuning supaya tahan lebih lama? Hari ini penulis ingin kongsikan cara betul dan tahan hingga berminggu-minggu.

Kalau salah cara, ini akan membuatkan kuetiau patah dan hancur ketika dimasak. Tak cantik pula bila nak dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Basah Tahan Berminggu Dalam Peti Ais, Mudah Je Rupanya!

CARA SIMPAN KUETIAU DAN MI KUNING TAHAN LAMA

CARA SIMPAN KUETIAU

1. Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk, mee atau kuetiau akan patah semasa nak basuh.

2. Keluarkan daripada bungkusan. Jangan basuh tapi leraikan letak di dalam bekas yang kering dan bertutup.

3. Kemudian, letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas berisi mi kuning dan kuetiau tersebut.

4. Simpan bekas berisi mee dan kue tiaw ke dalam peti sejuk.

5. Sebelum guna, pastikan basuh terlebih dahulu. Mi dan kuetiau akan lerai serta tak putus ketika dimasak.

Antara cara lain boleh dicuba adalah:

– Rebus sekejap dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ini boleh membuatkan mee dan kuey teow tahan selama seminggu.

– Sekiranya kuetiau menjadi keras selepas dikeluarkan dari peti ais, boleh masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.

– Taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika simpan di dalam peti sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak menyerap bau barang lain seperti bawang dan cili.

Senang kan? Selamat mencuba!

Baca juga: 6 Tips Pilih Tembikai Susu Yang Manis & Banyak Air, Baru Duit Tak Melayang

Sumber: Reen dan Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×