Dapur

6 Tips Pilih Tembikai Susu Yang Manis & Banyak Air, Baru Duit Tak Melayang

11
SHARES
CARA PILIH TEMBIKAI SUSU

Cara pilih tembikai susu memerlukan ilmu kerana kalau salah pilih sudah tentunya dapat buah yang belum ranum dan tidak manis.

Bagi mengelakkan masalah itu berlaku, di bawah ini ada 6 tips cara pilih tembikai susu. Menurut perkongsian Nor Shahidah di laman Facebooknya, rata-rata pelanggan berpuas hati dengan cadangan buah yang diberikan.

Baca juga: Cara Paling Mudah Simpan Daun Kari, Tahan Berbulan-Bulan & Tetap Wangi!

CARA PILIH TEMBIKAI SUSU, CONFIRM MANIS DAN TAK RUGI DUIT

CARA PILIH TEMBIKAI SUSU

Saya ada beberapa tips untuk pilih buah tembikai susu (honey dew) yang manis. Sebelum ni saya memang tak pandai langsung dan main ambil sahaja kalau beli. Hasilnya mesti dapat yang tak manis.

Tipsnya adalah:

1. Jangan ambil yang kulit licin bersih. Ramai yang suka pilih kulit licin ini kononnya cantik dan manis kan? Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus dan manis buah tembikai susu. Yang kulit buruk itulah sedap.

2. Pilih kulit yang berwarna kuning berbanding putih.

3. Bila pegang buah tembikai susu pastikan buahnya berat berbanding rupa. Maksudnya walaupun kecil tetapi berat itu bermakna buah tersebut banyak air.

4. Cuba goncang sedikit buah tembikau susu tersebut. Kalau ada dengar biji jatuh atau berlaga, itu tanda buah tersebut belum cukup masak untuk dibeli dan makan.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang kering Itu bermakna buah dah masak ranum dan sedia untuk dimakan.

6. Akhir sekali adalah bau. Kalau dah masak, sudah tentunya buah akan berbau manis. Buah yang belum masak atau masih muda, sudah tentunya tiada bau manis.

Mudah kan? Buah tembikai susu sedap juga dimakan bersama susu cair. Memang segar!

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Basah Tahan Berminggu Dalam Peti Ais, Mudah Je Rupanya!

Sumber: Facebook Nor Shahidah Abd Kohar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×