Dapur

Cara Buat Sos Thai Lokcing Homemade, Rasa Masam Manis & Pedas Memang Terangkat!

9
SHARES
cara buat sos thai

Menerusi perkongsian Puan Felinna Fattah di laman Facebooknya, dia ada kongsikan cara buat sos Thai homemade yang menjadi kesukaan anaknya.

Sos Thai ini sesuai dimakan bersama sosej bakar, sate ikan, sotong bakar dan lain-lain. Menu ini sudah tentunya sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Resepi Popia Coklat 3 Bahan, Confirm Bunyi Krup Krap Bila Makan. Tak Pandang Lain Dah!

CARA BUAT SOS THAI LOKCING HOMEMADE UNTUK ANAK

cara buat sos thai

Jom cuba.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cili besar (kalau nak pedas, letak cili padi)
  • 2 batang akar daun ketumbar
  • Gula melaka atau gula Thai
  • Garam
  • Cuka
  • Tepung jagung
  • Daun ketumbar

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan masukkan separuh cawan air.

2. Kemudian masak atas api sederhana dan masukkan gula, garam serta cuka secukupnya.

3. Seterusnya, masukkan air bancuhan tepung jagung dan hirisan daun ketumbar.

4. Gaul sehingga pekat dan sedia untuk dihidangkan.

Cicah bersama sosej bakar memag sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Sup Tepung Chinese Style, Sedap Makan Panas-Panas Dengan Sos Cili Homemade

Sumber: Facebook Felinna Fattah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×